ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 6 Oktober 2021.

1. Singapura dalam proses mansuh Akta Hasutan selepas 83 tahun

Singapura dalam proses memansuhkan Akta Hasutan yang digubal 83 tahun lepas, satu akta yang menetapkan kesalahan jenayah bagi perbuatan mempunyai unsur hasutan.


2. Taliban buka semula perkhidmatan pengeluaran pasport

Taliban pada Selasa mengumumkan membuka semula perkhidmatan pengeluaran pasport selain mengupah pekerja wanita untuk mengendalikan urusan pasport membabitkan golongan itu.

3. 450 juta serangan siber sepanjang Olimpik Tokyo berjaya dihalang

Percubaan serangan siber dikesan bermula semasa pembukaan Olimpik pada 23 Julai sehingga penutup Paralimpik pada 5 September.

4. COVID-19: Singapura kesan lebih 3,000 kes baharu

Daripada 3,486 kes baharu, Kementerian Kesihatan republik itu memaklumkan sebanyak 2,767 adalah kes tempatan, 713 di asrama pekerja migran, dan enam kes import.

5. Lelaki saman bomoh selepas gagal pulihkan masalah rumah tangga

Mauro Restrepo berkata bomoh tersebut, Sophia Adams, berjanji dapat menyelamatkan perkahwinannya jika sanggup membayar AS$5,100 (kira-kira RM21,300) untuk membatalkan sihir yang didakwa dihantar bekas kekasihnya.

8. Enjin pesawat terbakar selepas terlanggar burung

Salah sebuah enjin pesawat yang membawa sejumlah penumpang terbakar ketika ia mahu berlepas dari sebuah lapangan terbang di negeri New Jersey baru-baru ini.

7. UAE mahu hantar kapal angkasa ke Asteroid

Emiriah Arab Bersatu (UAE) umum rancangan menghantar kapal angkasa bagi melakukan penyelidikan di Asteroid antara Marikh dan Musytari bagi mengumpul data mengenai asal usul alam semesta. Ini adalah projek terbaru dalam program ruang angkasa bagi negara yang kaya dengan minyak itu.

8. Konflik Afghanistan | Kepimpinan Taliban bertemu pegawai UK

Pemimpin Taliban Afghanistan mengadakan pertemuan buat pertama kalinya dengan pegawai-pegawai dari United Kingdom (UK) di Kabul sejak mengambil alih kuasa. Pertemuan itu bagi membuka jalan kepada Afghanistan mengisi semula aliran wang tunai dan ekonomi negara.

9. COVID-19 | Vaksin selamatkan saya - Presiden Rusia

Presiden Rusia, Vladimir Putin dedahkan beliau tidak jatuh sakit walaupun selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19 disebabkan vaksin Sputnik V. Malah, katanya beliau berurusan dengan individu positif itu sepanjang hari baru-baru ini.

10. COVID-19: AZ mohon kelulusan FDA untuk rawatan cegah virus

Ini merupakan rawatan perlindungan pertama selain daripada vaksin untuk digunakan bagi melawan COVID-19 dan dianggap satu langkah besar dalam perjuangan global menentang virus itu.