awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enjin pesawat terbakar selepas terlanggar burung

Sinar Harian
Sinar Harian
06/10/2021
01:03 MYT
Enjin pesawat terbakar selepas terlanggar burung
Salah satu enjin sebuah pesawat penumpang terbakar ketika ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Atlantic, New Jersey baru-baru ini. -Foto Danny Adivo/YouTube
NEW YORK: Salah sebuah enjin pesawat yang membawa sejumlah penumpang terbakar ketika ia mahu berlepas dari sebuah lapangan terbang di negeri New Jersey baru-baru ini.
Juruterbang pesawat itu kemudian terpaksa membuat keputusan untuk mendarat semula selepas salah satu enjin kapal terbang tersebut boleh kelihatan percikan api.
Enjin kapal terbang sebuah syarikat penerbangan itu terbakar setelah ia dipercayai merempuh seekor burung besar ketika mahu berlepas.
Burung itu dikatakan terbang dekat dengan enjin pesawat yang menyebabkan ia dirempuh oleh kapal terbang berkenaan.
Ketika kejadian, pesawat berkenaan dalam penerbangan ke Fort Lauderdale dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Atlantic, New Jersey.
Kesemua penumpang kemudian turun dari kapal terbang itu dengan menggunakan tangga kecemasan.
Semua penumpang dan kru kemudian dibawa balik ke terminal dengan menggunakan bas.
Para penumpang turut diberikan baucar penerbangan dan tambang mereka dibayar balik oleh syarikat penerbangan itu. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#enjin pesawat terbakar
#percikan api
#burung besar
#Fort Lauderdale
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan