ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Oktober 2021.

1. Rampasan kuasa tentera, Kesatuan Afrika gantung keahlian Sudan

Keputusan itu akan berkuat kuasa sehingga kerajaan peralihan Sudan dikembalikan semula.

2. Rusia sedia kongsi kemahiran perangi pandemik dengan epidemiologi ASEAN

Kursus itu dijadualkan pada November-Disember di Pusat Kajian Masalah Keselamatan Biologi di Rantau Asia-Pasifik di bandar Vladivostok.

3. Vaksin COVID-19 | Bomba NYC bantah tarikh mandat vaksin

Ini susulan pengumuman yang dilakukan Datuk Bandar, Bill De Blasio bahawa semua pegawai polis, bomba serta pekerja perbandaran wajib mengambil vaksin selewat-lewatnya 1 November atau mereka akan berdepan cuti tanpa gaji.

4. Biden ulangi komitmen berterusan AS terhadap Indo-Pasifik pada Sidang Kemuncak Asia Timur

Biden menyatakan visinya untuk rantau itu, yang mahu melihatnya menjadi sebuah rantau yang terbuka, terhubung, makmur, berdaya tahan dan selamat.

5. UNSC kecam rampasan kuasa tentera di Sudan

Badan itu beri amaran tindakan itu mengancam usaha menstabilkan benua Afrika ketika ini.

6. Gunung berapi La Palma paling aktif di Eropah sejak 100 tahun

Aliran baharu lahar dilaporkan mencetuskan kejadian tanah runtuh serta mengecam kawasan penempatan penduduk.

7. Vaksin COVID-19 | Negeri di AS buat tempahan awal untuk kanak-kanak

White House memaklumkan, berjuta-juta dos akan mula dihantar sebaik pengawal selia kesihatan negara itu memberi kelulusan penggunaannya.

8. COVID-19 | Angka korban global menghampiri 5 juta kes

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat yang kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 740,000 kes, menjadikan angka kematian global akibat virus itu kini 4.969 juta.

9. Insiden Tembakan Alec Baldwin | Wujud kelemahan dalam pengendalian senjata

Perkembangan siasatan insiden tembakan di set penggambaran filem Rust. Penyiasat mendedahkan wujud kelemahan dalam aspek pengendalian senjata di set.

10. Tewas lagi, Barcelona pecat Ronald Koeman

Ronald Koeman telah dipecat Barcelona selepas permulaan musim 2021-22 yang mengecewakan berterusan.
10 jam lalu