awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UNSC kecam rampasan kuasa tentera di Sudan

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2021
00:54 MYT
UNSC kecam rampasan kuasa tentera di Sudan
Ribuan penduduk mengadakan protes membantah rampasan kuasa oleh tentera. - Foto Ebaid Ahmed via REUTERS
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC), kecam rampasan kuasa yang berlaku di Sudan.
Badan itu beri amaran tindakan itu mengancam usaha menstabilkan benua Afrika ketika ini.
Menurut Timbalan Wakil Tetap Ireland ke PBB, Brian Flynn, langkah tersebut telah mengkhianati keabsahan permintaan rakyat Sudan untuk keamanan.
"Tindakan tentera mengkhianati revolusi, peralihan dan keabsahan permintaan rakyat Sudan untuk keamanan, keadilan dan pembangunan ekonomi.
Justeru menurut Utusan Khas PBB Afrika, Parfait Onanga-Anyanga adalah penting untuk mengembalikan pemerintahan berdasarkan perlembagaan.
"Insiden tragik di Sudan ini susulan perubahan kerajaan tanpa mengikut perlembagaan akan menjejaskan negara lain di benua ini.
"Adalah kritikal untuk mengembalikan pemerintahan berdasarkan perlembagaan, konsisten dengan perjanjian Damai Juba," katanya.
Kenyataan ini dibuat ketika mesyuarat tergempar majlis keselamatan berkaitan Sudan.
Rampasan kuasa tentera dilancarkan ketika negara itu masih dalam proses pemulihan demokrasi, pasca penbtadbiran bekas Presiden Omar Al Bashir.
Rampasan berlaku selepas ketegangan antara kerajaan awam dan tentera selama beberapa minggu.
Kesatuan Afrika kini menggantung keanggotaan Sudan.
Ia juga umum rancangan menghantar wakil ke Sudan untuk mengadakan perbincangan.
Topic Berkaitan
#Sudan
#UNSC
#benua Afrika
#rampasan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan