ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 3 November 2021.

1. Budak empat tahun ditemui selamat selepas hilang dua minggu

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun ditemui selamat selepas dua minggu dilaporkan hilang di Australia, kata pihak berkuasa pada Rabu.

2. Thailand sasar 700,000 ketibaan pelancong tahun ini menerusi pelbagai inisiatif

Dari Januari hingga September tahun ini, Thailand menyambut ketibaan 85,845 pelawat asing melalui pelbagai skim kemasukan.

3. Thailand tetapkan sasaran baharu ke arah bebas karbon

Thailand menyasarkan untuk memperkukuh usaha dalam tindakan perubahan iklim dengan meningkatkan kemampuan Nationally Determined Contribution (NDC) kepada 40 peratus, dan mencapai Pelepasan Sifar Bersih pada 2050.

4. COP26: Biden kecam China, Rusia gagal hadir

Presiden Joe Biden mengecam rakan sejawatnya dari China dan Rusia, Xi Jinping serta Vladimir Putin kerana kegagalan mereka untuk hadir ke Sidang Kemuncak Iklim COP26.

5. COP26: Ikrar baharu tangani gas metana, selamatkan hutan

Para pemimpin di Persidangan Iklim Global COP26 berjanji untuk menghentikan penebangan hutan menjelang akhir dekad dan mengurangkan pelepasan gas metana rumah hijau yang kuat untuk membantu melambatkan perubahan iklim.

6. COP26: UK, India rancang sambungan grid kuasa hijau dunia

Britain dan India melancarkan pelan untuk menambah baik sambungan antara grid kuasa elektrik dunia bagi mempercepatkan peralihan kepada tenaga yang lebih hijau.

7. Korea Selatan tandatangani pakatan global kurangkan pelepasan metana

Presiden Moon Jae In pada Selasa menandatangani pakatan global bersama pemimpin dunia yang lain untuk mengurangkan pelepasan metana sebanyak 30 peratus menjelang 2030.

8. Air Canada gantung tugas 800 pekerja belum vaksin

Syarikat penerbangan terbesar Kanada, Air Canada, menggantung lebih 800 pekerja kerana belum menerima suntikan vaksin COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik memetik Global News pada Rabu.

9. Pakistan larang guna ruang udara untuk penerbangan Srinagar ke Sharjah

Pakistan enggan memberi kebenaran untuk India menggunakan ruang udaranya bagi membolehkan penerbangan terus antara Srinagar dan Sharjah, lapor beberapa agensi berita India pada Rabu.

10. Yahoo tinggalkan China selama-lamanya, berpunca persekitaran mencabar

Yahoo mengumumkan penamatan perkhidmatannya di China disebabkan persekitaran perniagaan dan perundangan yang semakin mencabar’, menandakan jenama teknologi Barat kedua yang berbuat demikian dalam sebulan ini.