awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2021
15:52 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 November 2021.
1. Disahkan hidap kanser prostat, Susilo berlepas ke Amerika jalani rawatan
Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dilaporkan sudah berada di Amerika Syarikat (AS) bagi menjalani rawatan sebaik disahkan menghidap kanser prostat.
2. COVID-19: Hospital New York mula vaksinasi kanak-kanak 5-11 tahun
Hospital di New York pada Khamis memulakan pemberian suntikan vaksin COVID-19 dos pertama kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.
3. COVID-19: WHO beri amaran gelombang baharu di Eropah, Asia
Eropah dan Asia tengah mungkin berdepan dengan ancaman gelombang baharu COVID-19 dalam beberapa minggu akan datang.
4. COVID-19: Lima calon presiden Chile dikuarantin sebelum PRU
Lima calon presiden Chile terpaksa menjalani kuarantin pada Khamis selepas menjadi kontak rapat dengan seorang lagi calon yang didapati positif COVID-19, hanya 16 hari sebelum pilihan raya umum (PRU) negara itu.
5. COVID-19: Pusat vaksinasi di Croatia mula sesak
Pusat vaksinasi Croatia pada Khamis menyaksikan barisan panjang orang ramai yang mahu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 susulan peningkatan jumlah kes di negara itu.
6. COP26: 'Pikachu' seru henti biaya projek bahan bakar
Ketika pemimpin dunia berkumpul di Glasgow bagi membincangkan isu perubahan iklim, sekumpulan aktivis mengambil kesempatan menganjurkan protest aman bagi membantah tindakan Jepun membiayai projek arang di luar negara.
7. 7.151 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia
Jumlah dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 7.1 bilion.
8. COVID-19: Kes positif global 248.5 juta, korban lebih 5 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 248.506 juta.
9. COVID-19 | Angka korban global melebihi 5 juta kes
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi lima juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan kematian tertinggi melebihi 751,000 kes dan ini menjadikan angka kematian global kini berjumlah 5.027 juta.
10. Kadar pengangguran di Filipina meningkat 8.9 peratus pada September
Kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Filipina meningkat pada September iaitu sebanyak 4.25 juta berbanding 3.88 juta pada bulan sebelumnya, menurut laporan tinjauan Pihak Berkuasa Perangkaan Filipina (PSA) yang dikeluarkan pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#New York
#WHO
#Asia
#eropah
#PRU
#Croatia
#Pikachu
#COVID-19
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan