Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 19, 2021 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 November 2021.
1. Peng Shuai | WTA sanggup hilang berjuta dolar di china
Persatuan Tenis Wanita (WTA) sanggup kehilangan perniagaan bernilai berjuta dolar di China sekiranya bintang tenis Peng Shuai masih tidak ditemui. Kata Pengerusinya, Steve Simon kepada CNN, WTA bersedia untuk berdepan dengan segala kesulitan bagi memastikan kes pemain tenis itu disiasat secara menyeluruh.
2. Dua juta ibu tunggal, anak yatim Afghanistan tunggu bantuan kemanusiaan
Menteri Syuhadah dan Orang Kurang Upaya Afghanistan Abdul Majeed Akhund berkata, pendudukan tentera asing dan peperangan di negara itu menyebabkan ramai wanita menjadi ibu tunggal akibat kematian suami, selain menjadi cacat akibat letupan bom atau ditembak.
3. Pengarah Komunikasi Kamala Harris dilapor letak jawatan
Ashely Etienne yang menyertai pasukan Naib Presiden dan bekerja keras untuk memajukan matlamat pentadbiran Biden, bakal meninggalkan pejabat itu pada Disember untuk mengejar peluang lain, laporan itu memetik seorang pegawai Rumah Putih pada Khamis.
4. Polis diarah siasat pembunuhan orang awam di Srinagar
Ia susulan tindakan ganas pihak polis sebelum itu semasa cuba menyuraikan protes bagi menuntut mayat mangsa dikembalikan kepada keluarga mereka.
5. COVID-19: Jerman bakal kenakan peraturan baharu
Jerman meluluskan peraturan baharu di negara itu bagi menangani kenaikan mendadak kes jangkitan baharu COVID-19. Peraturan baharu itu akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan hari ini.
6. COVID-19: Washington DC rancang mansuhkan pelitup muka
Washington DC merancang untuk menarik balik sebahagian besar peratuan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup selepas kes jangkitan COVID-19 di bandar itu terus menurun.
7. Vaksin COVID-19: 7.59 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.40 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
8. COVID-19: Kes positif global lebih 255.4 juta, angka korban 5.129 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 47 juta kes.
9. COVID-19 | Angka korban global melebihi 5.129 juta kes
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 768 ribu kes.
10. COVID-19 | Greece umum sekatan ketat untuk antivaksin
Sekatan itu termasuk had yang lebih ketat ke atas akses ke tempat tertutup dan tarikh tamat tempoh tujuh bulan pas untuk warganya yang berusia lebih 60 tahun yang belum mendapat suntikan penggalak.
#Peng Shuai #tenis #Kamala Harris #COVID-19 #Afghanistan #China #vaksin