JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 255.4 juta, berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 47 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.9 juta kes.
United Kingdom dan Rusia kini mencatat lebih 9 juta kes, Turki lebih 8 juta kes sementara Perancis lebih 7 juta.
Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan lebih 244,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.129 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 786,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 611,000 kes, India lebih 464,000 kes dan Mexico dengan lebih 291,000 kes.
Sementara Rusia kini catat lebih 255,000 kes kematian.
United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 98,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 46,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.
Astro Awani
Thu Nov 18 2021
Petugas kesihatan merawat pesakit COVID-19 di sebuah unit rawatan rapi hospital di Kalach-on-Don, tenggara Rostov-on-Don, Rusia, 14 Nov, 2021. (Foto AP)
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman
Tujuh belas orang termasuk sembilan pelajar sekolah terbunuh berikutan banjir besar di Oman, lapor Sputnik memetik laporan stesen penyiaran Al Arabiya.
Lari daripada wabak taun, lebih 90 maut bot karam di Mozambique
Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
1.7 juta penduduk Gaza terpaksa tinggalkan kediaman
Lebih 1.7 juta penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa melarikan diri sejak konflik Israel-Hamas meletus Oktober tahun lepas.
Angka korban gempa bumi Taiwan meningkat kepada 13 orang, ratusan masih terkandas
Jalan raya di kawasan pergunungan masih terhalang oleh beberapa tanah runtuh.
45 terbunuh bas jatuh jambatan di Afrika Selatan
Seramai 45 penumpang bas terbunuh dalam nahas apabila bas yang dinaiki mangsa hilang kawalan, jatuh dari jambatan dan terbakar di wilayah Limpopo, menurut Jabatan Pengangkutan negara itu.
Hari Luka Palestin: Lebih 72,000 kecederaan dalam tempoh lima bulan
Angka kecederaan kalangan rakyat Palestin kini melebihi 72,000 hanya dalam tempoh lima bulan sejak pengeboman berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza bermula 7 Okt lepas.
8,900 wanita Palestin terbunuh akibat kekejaman Israel di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 8,900 wanita Palestin telah terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik antara Israel-Hamas meletus di wilayah terkepung itu pada 7 Okt lepas.
Jumlah korban di Gaza akibat serangan Israel melepasi 30,000
Kanak-kanak, wanita dan warga emas antara sebahagian besar yang menjadi mangsa serangan itu.
Seorang maut, kereta rempuh pelancong di Jepun
Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan pelancong di bandar Nara barat Jepun, Sputnik memetik laporan media Jepun.