awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis diarah siasat pembunuhan orang awam di Srinagar

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2021
01:48 MYT
Polis diarah siasat pembunuhan orang awam di Srinagar
Orang ramai mengusung keranda Mohammad Altaf Bhat yang terbunuh susulan tindakan ganas polis semasa cuba menyuraikan protes. - Foto AP
KASHMIR: Pihak berkuasa India yang mentadbir Kashmir mengarahkan siasatan dijalankan berhubung pembunuhan dua orang awam ketika operasi pasukan keselamatan.
Ia susulan tindakan ganas pihak polis sebelum itu semasa cuba menyuraikan protes bagi menuntut mayat mangsa dikembalikan kepada keluarga mereka.
Menurut polis, lelaki terbabit maut dalam tembakan di luar sebuah kompleks komersial di Srinagar.
Manakala, keluarga mangsa berkata mereka adalah orang awam dan menuduh pasukan keselamatan bertindak membunuh mereka dengan kejam.
Mereka turut menafikan dakwaan polis bahawa dua mangsa berkenaan terbabit dengan kumpulan militan.
Manoj Sinha, yang merupakan lantikan New Delhi dan berkhidmat sebagai pentadbir tertinggi Kashmir India berkata, kerajaan akan mengambil tindakan yang sesuai sebaik sahaja laporan mengenai insiden itu selesai.
Kematian Mohammad Altaf Bhat dan Mudasir Ahmed Gul dua hari lepas mencetuskan kemarahan di wilayah itu, di mana berpuluh-puluh orang awam terbunuh tahun ini dalam keganasan di situ.
Bhat memiliki bangunan di lokasi kejadian manakala Gul adalah penyewa di kompleks yang menjalankan perniagaan hartanah.
Dua yang lain turut maut dalam pertempuran itu.
Polis menyerbu upacara menyalakan lilin di Srinagar yang diadakan oleh ahli keluarga mangsa bagi menuntut mayat mereka dikembalikan untuk pengebumian mengikut amalan agama sewajarnya.
Topic Berkaitan
#pasukan keselamatan
#siasatan
#Pembunuhan
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan