awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Washington DC rancang mansuhkan pelitup muka

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2021
00:33 MYT
COVID-19: Washington DC rancang mansuhkan pelitup muka
Pelitup muka masih diperlukan dalam keadaan tertentu, termasuk sekolah, perpustakaan, pengangkutan awam, kenderaan kongsi dan kemudahan kediaman berkumpulan seperti rumah jagaan, asrama dan penjara. - Foto fail/ETX Studio
WASHINGTON: Washington DC merancang untuk menarik balik sebahagian besar peratuan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup selepas kes jangkitan COVID-19 di bandar itu terus menurun.
Mulai Isnin, 22 November, pelitup muka tidak lagi diperlukan di kebanyakan ruang dalaman di sekitar Washington DC.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Kesihatan Bandar mengumumkan bahawa pelitup muka masih diperlukan dalam keadaan tertentu, termasuk sekolah, perpustakaan, pengangkutan awam, kenderaan kongsi dan kemudahan kediaman berkumpulan seperti rumah jagaan, asrama dan penjara.
Bagaimanapun para peniaga masih boleh meminta pelanggan memakai pelitup muka jika dikehendaki mereka.
Ibu negara itu pada asalnya menarik balik keperluan pemakaian pelitup muka dalam kawasan tertutup sebelum ini, bagi individu yang divaksin sepenuhnya pada Mei, tetapi menguatkuasa semula arahan itu pada akhir Julai apabila kes kembali meningkat.
Washington DC masih kekal sebagai kawasan penularan mengikut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat.
Datuk Bandar, Muriel Bowser sebelum ini telah berulang kali menyatakan keperluan pemakaian pelitup muka bergantung kepada jumlah kes dan peralihan keadaan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelitup muka
#kawasan tertutup
#CDC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan