Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 3, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, Januari 3, 2022.
1. Satu lagi bandar di China kenakan sekatan pergerakan untuk bendung COVID-19
Pihak berkuasa di Yuzhou, sebuah bandar di wilayah tengah Henan, mengumumkan peraturan baharu itu pada Ahad malam setelah "mengesan dua kes jangkitan yang tidak menunjukkan gejala."
2. Pakistan berdepan gelombang kelima COVID-19
Pakistan berdepan gelombang kelima COVID-19 di tengah-tengah peningkatan kes di seluruh negara, kata seorang pegawai kanan negara itu pada Ahad.
3. Kebakaran musnahkan pusat kuarantin COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Pusat kuarantin khas COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Bangladesh musnah dalam kebakaran malam Ahad, namun tiada pesakit yang cedera, menurut sumber rasmi.
4. Indonesia siap siaga hadapi ancaman Omicron
Indonesia telah menyediakan 1,011 hospital dan 82,168 katil di seluruh negara sebagai persiapan berdepan varian Omicron yang sangat mudah menular, dan memungkinkan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
5. England dan Wales catat 137,583 kes baharu COVID-19
Britain melaporkan sebanyak 137,583 kes baharu COVID-19 di England dan Wales pada Ahad (2 Januari), berbanding 162,572 kes di England pada Sabtu, menurut data kerajaan.
6. Australia teruskan pembukaan semula ekonomi meskipun kes COVID-19 tinggi
Kerajaan Australia berkata impak gejala ringan daripada strain Omicron COVID-19 membolehkan negara itu meneruskan perancangan untuk membuka semula sektor ekonomi, walaupun kes jangkitan terbaharu mencatat rekod tinggi.
7. WhatsApp sekat lebih 1.75 juta akaun pengguna India
Akaun pengguna India itu disekat berikutan aduan yang diterima daripada pengguna lain melalui mekanisme pengesanan penyalahgunaan syarikat yang memantau aktiviti pengguna di platform.
8. Israel lulus vaksin COVID-19 keempat untuk warga emas 60 tahun ke atas
Israel meluluskan dos vaksin COVID-19 keempat untuk penduduk yang berumur lebih 60 tahun dan petugas perubatan, kata Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada Ahad.
9. Lelaki disyaki bakar Parlimen Afrika Selatan ditangkap
Seorang lelaki berjaya ditangkap kerana disyaki membakar Parlimen Afrika Selatan di Cape Town pada Ahad dan dijangka dihadapkan ke sebuah mahkamah pada Selasa, kata polis.
10. COVID-19: Penularan jangkitan di China terkawal, hanya 161 kes baharu
Daripada jumlah itu, 101 adalah jangkitan dalam komuniti manakala selebihnya jangkitan luar negara.
#COVID-19 #Rohingya #Indonesia #Australia #England #Naftali Bennett #Afrika Selatan