ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Mac 2022.

1. Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi tolak hasrat kapal dari Rusia untuk berlabuh

KLIP menolak hasrat sebuah kapal yang membawa bekalan minyak mentah dari Rusia yang kini dalam pelayaran ke Malaysia untuk berlabuh.

2. Rusia 'takut' TikTok? Desak kandungan ketenteraan disekat dari pengguna bawah umur

Pengawalan selia komunikasi Rusia pada Isnin mendesak TikTok supaya berhenti mencadangkan kandungan berkaitan ketenteraan kepada pengguna bawah umur, menerusi satu pengumuman yang dihantar di Telegram.

3. Pusingan seterusnya rundingan damai Rusia-Ukraine akan diadakan di sempadan Belarus-Poland

Pusingan rundingan damai Rusia-Ukraine seterusnya akan berlangsung di sempadan Belarus-Poland dalam beberapa hari lagi, menurut ketua delegasi Rusia Vladimir Medinsky pada rundingan yang diadakan di Belarus, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Rusia RIA Novosti, Isnin.

4. Krisis Rusia-Ukraine: Kedutaan Malaysia di Kiev ditutup sementara - Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Ukraine sudah berjaya dikeluarkan dalam misi evakuasi yang dijalankan Kementerian Luar.

5. Krisis Rusia-Ukraine: Tujuh rakyat Malaysia terkandas selamat tiba di KLIA

Tujuh daripada sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Kiev, ibu negara Ukraine, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

6. Krisis Ukraine selubungi prospek ekonomi Singapura - Menteri

Krisis Ukraine telah menyelubungi prospek ekonomi Singapura, kata Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong.

7. Mahkamah Singapura tangguh keputusan rayuan Nagaentran

Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa menangguhkan keputusannya terhadap rayuan warga Malaysia Nagaentran K. Dharmalingam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

8. Myanmar lanjutkan gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik hingga hujung tahun

Tentera Myanmar melanjutkan perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik sehingga akhir tahun ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Panglima Perkhidmatan Pertahanan pada Isnin.

9. China kekal entiti ekonomi kedua terbesar dunia

China kekal entiti ekonomi kedua terbesar dunia dengan kapasiti ekonominya mencecah RMB110 trilion (sekitar RM73 trilion), menurut buletin statistik disiarkan Biro Statistik Negara (NBS) pada Isnin.

10. Banjir | Angka kematian di Brisbane meningkat kepada lapan

Angka kematian akibat bencana banjir di Brisbane, Australia meningkat kepada lapan orang. Setakat Isnin, beberapa kawasan di Brisbane masih ditenggelami air susulan hujan lebat berterusan yang mengakibatkan banjir di kawasan pantai timur.