ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 April 2022.

1. Krisis Ukraine-Rusia | Guterres mahu bertemu Putin & Zelensky

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres kemuka cadangan untuk bertemu pemimpin Rusia serta Ukraine, masing-masing di Moscow dan Kyiv. Guterres menjelaskan pertemuan bertujuan mendesak kedua-dua pihak untuk henti berperang.

2. Krisis Ukraine-Rusia | Presiden Ukraine sedia runding tamatkan perang

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berunding dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin. Kata Zelenskyy, beliau sentiasa terbuka membincangkan proses damai, namun skeptikal dengan pendirian Putin.

3. COVID-19 Global | Pertambahan lebih 900,000 kes baharu dalam sehari

Terdapat pertambahan lebih 900,000 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 506 juta kes.

4. Krisis Ukraine-Rusia | AS kenakan sekatan terbaharu

Amerika Syarikat (AS) kenakan sekatan pusingan terbaharu terhadap 40 individu dan entiti yang berjaya mengelak penalti dikenakan ke atas Rusia. Sekatan ini juga yang pertama melibatkan firma mata wang kripto dikaitkan dengan perang.

5. Pencerobohan Masjid Al-Aqsa: Israel ingin ubah 'status quo' Baitulmaqdis

Tindakan rejim Israel yang mencetuskan pelbagai siri keganasan terhadap penduduk Palestin adalah bersandarkan beberapa objektif utama iaitu untuk menukar 'status quo' Baitulmaqdis.

6. COVID-19 Global | Pertambahan lebih 3,000 korban baharu dalam sehari

Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 3,000 kes korban direkodkan idi seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.2 juta kes.

7. Singapura masih bimbang dengan perkembangan terbaru di Baitulmaqdis

Singapura masih bimbang dengan perkembangan terkini di Baitulmaqdis, termasuk di Haram al-Sharif/Temple Mount, menurut Kementerian Luar Negeri (MFA) republik itu.

8. Nahas MU5735 | Tiada bukti kerosakan alat navigasi

Penyiasat tidak menemui sebarang bukti dan tanda berlakunya kerosakan pada alat navigasi pesawat yang terhempas di selatan China bulan lepas.

9. New Delhi wajibkan pemakaian pelitup muka susulan peningkatan kes COVID-19

New Delhi mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam susulan peningkatan kes COVID-19 di bandar raya itu.

10. Manchester City kembali ke puncak liga selepas tewaskan Brighton

Pasukan bimbingan Pep Guardiola memastikan nasib mereka kekal di tangan sendiri dalam perebutan kejuaraan musim ini.