Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 19, 2022 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Mei 2022.
1. Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit
Hampir separuh daripada pengikut Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu, dedah satu laporan audit.
2. Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Jumlah laporan penemuan objek terbang yang tidak dikenal pasti (UFO) di langit semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun, lapor The New York Times.
3. Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin, lapor CNA.
4. Rakyat Korea Utara dinasihat berkumur air garam, minum teh herba untuk cegah COVID-19
Agensi
Tanpa kempen vaksinasi kebangsaan dan rawatan untuk mencegah COVID-19, media Korea Utara menggalakkan pesakit untuk mengambil ubat tahan sakit dan antibiotik, selain amalan tradisional yang belum terbukti keberkesanan, seperti berkumur dengan air garam dan meminum teh herba.
5. Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion
Bank Dunia pada Rabu mengumumkan pembiayaan sehingga US$30 bilion di bawah pelan tindak balas global dalam usaha menangani krisis keselamatan makanan, lapor Xinhua.
6. Muthu; wanita yang menyamar 36 tahun sebagai lelaki
Seorang wanita yang berasal dari Tamil Nadu, Toothukudi, India melakukan sebuah pengorbanan yang cukup besar dalam hidupnya demi memastikan mampu membesarkan anak tunggalnya dengan baik.
7. AS buka semula kedutaannya di Ukraine
Amerika Syarikat (AS) membuka semula kedutaannya di Ukraine, kata Setiausaha Negara Antony Blinken pada Rabu, tiga bulan selepas kedutaan itu menghentikan operasinya.
8. Krisis Rusia-Ukraine punca kekurangan makanan dunia
Perang di Ukraine telah mewujudkan krisis keselamatan makanan global paling hebat pada zaman ini.
9. Sekatan | PBB dedahkan sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan dikenakan Amerika Syarikat terhadap Iran kini memberi kesan kepada ekonomi republik itu. Wakil khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut mendedahkan ia memburukkan situasi kemanusiaan di negara Teluk Parsi berkenaan.
10. Kenapa kes cacar monyet meningkat di Eropah?
Sebilangan kecil kes cacar monyet kini dikesan di United Kingdom (UK), Portugal dan Sepanyol, termasuk kes yang disyaki.
#berita pilihan #berita antarabangsa #Berita AWANI #Berita Harian