Hampir separuh daripada pengikut Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu, dedah satu laporan audit.
Audit tersebut, yang dijalankan oleh gergasi media sosial, firma perisian SparkToro, mendapati bahawa 49.3 peratus daripada pengikut Biden merupakan pengikut palsu, lapor Newsweek.
SparkToro mendefinasi ‘pengikut palsu’ sebagai ‘akaun yang tidak boleh dihubungi dan tidak dapat dilihat ciapannya, sama ada kerana ia merupakan spam, bots, propaganda dan sebagainya; atau kerana ia tidak lagi aktif di Twitter’.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk, yang berusaha membeli Twitter, telah menzahirkan kebimbangan tentang peningkatan jumlah akaun palsu, dan mencadangkan usaha pembanterasan akaun-akaun tersebut.
Musk berkata, dia percaya 20 peratus daripada semua akaun Twitter adalah palsu dan berikrar untuk tidak meneruskan hasrat pembelian bernilai AS$44 bilion ke atas Twitter jika isu tersebut tidak diselesaikan.
“Tawaran saya adalah berdasarkan pemfailan SEC Twitter dibuat dengan tepat.
“Semalam, CEO Twitter secara umum menolak untuk menunjukkan bukti kurang dari 5 peratus. Perjanjian ini tidak boleh diteruskan sehingga dia melakukannya,” kata Musk.
CEO Twitter, Parag Agrawal, menjawab dakwaan lelaki terkaya dunia itu, dengan menyatakan bahawa syarikat gergasi digital itu telah menggantung lebih separuh juta akaun spam setiap hari dan menyekat beberapa juta lagi akaun yang disyaki spam.
SparkToro menggunakan audit yang sama ke atas Musk sendiri dan mendapati hampir 70.2 peratus daripada 93.3 juta pengikutnya di Twitter adalah palsu.
Agensi
Thu May 19 2022

Firma perisian SparkToro mendapati bahawa 49.3 peratus daripada pengikut Biden merupakan pengikut palsu. - Reuters

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Peguamnya Too Xing Ji mengesahkan yang Kalwant telah menjalani hukuman.

Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Alasan kenaikan OPR untuk kurangkan kadar inflasi sukar diterima - Asyraf Wajdi
Katanya, keluarga yang mempunyai beberapa pinjaman bank mungkin akan bertambah perbelanjaan bulanan sebanyak ratusan ringgit.

Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa parah dihantar ke PPUKM dan HKL manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kemalangan | Pemandu maut rempuh tembok pembahagi plaza tol
Seorang pemuda maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh tembok pembahagi Plaza Tol Penchala arah selatan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) awal pagi tadi.

Banjir | Pahang bantu hantar 150 sukarelawan ke Baling
Pahang menghantar 150 sukarelawan bersama bantuan kemanusiaan dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menurutnya, ia terdiri dari Majlis Tindakan Sosial Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan Skuad Bencana Pahang termasuk sukarelawan dari beberapa daerah lain di negeri itu.

Aktiviti membeli saham murah dorong FBM KLCI dibuka tinggi
Pada jam 9.05 pagi, indeks utama meningkat sebanyak 2.44 mata kepada 1,423.29 daripada 1,420.85 penutupan urus niaga Rabu.

AWANI Ringkas: Kedudukan minyak masak, ayam dan telur

Ekonomi | OPR: Langkah BNM depani kenaikan dolar AS
Lebih banyak kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) akan berlaku, kata Pakar Ekonomi UOB, Julia Goh, Beliau turut menjangkakan sekurang-kurangnya satu lagi kenaikan pada bulan September, yang akan membantu menaikkan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

AS umum bantuan keselamatan tambahan untuk Ukraine
Menurut Jabatan Pertahanan, bantuan tambahan bernilai US$820 juta itu akan disalurkan menerusi dua fasa

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Biden, pemimpin G7 akan salur bantuan keselamatan makanan global bernilai AS$4.5 bilion
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pemimpin G7 akan mengumumkan bantuan bagi menangani krisis dasar keselamatan makanan global berjumlah lebih AS$4.5 bilion.

42 migran ditemui maut dalam lori
Sekurang-kurangnya 42 dipercayai pendatang telah ditemui mati dalam sebuah lori di pinggir San Antonio, Texas.

Biden lawat Israel, Tebing Barat, Arab Saudi bulan depan
Lawatan pada 13 hingga 16 Julai itu akan melibatkan perjumpaan dengan rakan sejawat dan pegawai kanan.

China-AS sepakat tingkat dialog, elak salah faham
Joe Biden berulang kali memberitahu Xi Jinping bahawa AS menolak daripada mencetuskan Perang Dingin baharu atau mengubah sistem China.

Teruskan lawatan ke Arab Saudi? Biden kata 'tengok dulu...'
Sebarang kemungkinan lawatan ke Arab Saudi dijangka menyasarkan agenda memulihkan hubungan dengan negara itu.

Demi Britney Spears, Paris Hilton tepis pelawaan presiden Joe Biden
Hilton merupakan rakan lama Spears dan pada majlis yang berlangsung pada Khamis lalu, Hilton bertanggungjawab mengendalikan parti resepsi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perjumpaan BTS-Biden: Ini apa anda perlu tahu
BTS hadir di White House untuk membincangkan tentang isu representasi Asia dan jenayah kebencian anti-Asia