Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 23, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Mei 2022.
1. Komik pertama Batman dijual pada harga AS$1.74 juta
Naskhah lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta (RM7.64 juta).
2. PM adakan lawatan ke Jepun, perkasakan Dasar Pandang ke Timur
Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah antara intipati yang bakal diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam bermula hari ini.
3. Maraton New York: Seorang maut, 15 lagi dimasukkan ke hospital
Seorang pelari maraton meninggal dunia ketika menyertai Brooklyn Half Marathon di New York City (NYC) pada Sabtu manakala 15 yang lain dimasukkan ke hospital ditengah-tengah cuaca panas tidak menentu, lapor Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan.
4. Sepanyol sahkan 31 kes cacar monyet
Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan, dan selebihnya masih dalam siasatan.
5. Perhimpunan WHO | PBB seru labur lebih banyak dana kepada WHO
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru masyarakat global untuk melabur lebih banyak dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mempromosikan keamanan dan keselamatan. Bercakap pada perhimpunan kesihatan, Guterres berkata sepanjang krisis COVID, WHO telah menjadi sumber sokongan terbuka yang teguh untuk akses vaksin yang saksama.
6. Teknologi Penternakan | Kolar GPS bantu kawal lembu
Penternak lembu di Sussex, selatan England, menemui kaedah baharu yang membolehkan mereka tidak lagi menggunakan pagar bagi mengawal haiwan berkenaan. Syarikat Nofense UK mencipta kolar GPS yang mengeluarkan bunyi untuk dipakaikan kepada lembu.
7. Anthony Albanese angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-31
Pemimpin Parti Buruh Australia, Anthony Albanese pada Isnin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-31 selepas memenangi pilihan raya pada Sabtu, lapor Agensi Berita Xinhua.
8. 6 tahanan Palestin larikan diri dari jel Israel dihukum penjara
Enam penduduk Palestin dijatuhi hukuman penjara tambahan selama lima tahun pada Ahad kerana melarikan diri pada tahun 2021 melalui terowong dari sebuah penjara di utara Israel, kata peguam mereka kepada media Israel.
9. Feri terbakar awal pagi, tujuh terbunuh
Sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan terbunuh di Filipina pada Isnin selepas sebuah feri terbakar mengakibatkan penumpang terpaksa melompat ke dalam laut, kata pengawal pantai dan saksi.
10. Polis buru lelaki tembak penumpang kereta api bawah tanah
Seorang penumpang kereta api bawah tanah terkorban selepas ditembak seorang lelaki tidak dikenali di New York pada Ahad
#berita pilihan #berita antarabangsa #Berita AWANI #Berita Harian