awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri terbakar awal pagi, tujuh terbunuh

Sinar Harian
Sinar Harian
23/05/2022
03:50 MYT
Feri terbakar awal pagi, tujuh terbunuh
Penumpang yang berjaya diselamatkan diperiksa tahap kesihatan sebaik tiba di pelabuhan Real, wilayah Quezon, Filipina, 23 Mei 2022. - Foto AP
MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan terbunuh di Filipina pada Isnin selepas sebuah feri terbakar mengakibatkan penumpang terpaksa melompat ke dalam laut, kata pengawal pantai dan saksi.
Kebakaran berlaku di feri Mercraft 2 ketika ia membawa seramai 124 penumpang dari Pulau Polillo ke Real di wilayah Quezon di Pulau Luzon.
Operasi mencari mangsa yang terselamat sedang dijalankan dengan 105 penumpang berjaya diselamatkan setakat ini, kata jurucakap Pengawal Pantai Filipina, Armando Balilo.
Ketika kejadian, feri terbabit membawa seramai 142 penumpang dan anak kapal ketika meninggalkan Pulau Polilio sekitar jam 5 pagi ke Real, Quezon.
Roro Vessel MV Mercraft 2 berada kira-kira lebih 400 meter dari pelabuhan Real ketika kebakaran berlaku, kata Balilo.
Terdapat penumpang yang berpaut pada objek terapung ketika api menyambar feri berkenaan.
Sebuah lagi kapal turut membantu menyelamatkan penumpang yang terjun ke dalam laut kerana panik akibat kebakaran tersebut.
Enam penumpang yang cedera dibawa ke hospital terdekat, tambah Balilo.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#feri terbakar
#Pulau Luzon
#Mercraft 2
#penumpang melompat ke dalam laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan