BAITULMAQDIS: Enam penduduk Palestin dijatuhi hukuman penjara tambahan selama lima tahun pada Ahad kerana melarikan diri pada tahun 2021 melalui terowong dari sebuah penjara di utara Israel, kata peguam mereka kepada media Israel.
Keenam-enam itu yang sedang menjalani hukuman seumur hidup atas kesalahan melakukan serangan anti-Israel bertindak melarikan diri pada 6 September tahun lalu dari penjara Gilboa melalui terowong yang digali di bawah sinki.
Dipuji sebagai 'wira' oleh penduduk Palestin, tindakan meloloskan diri dari penjara tersebut menyebabkan keenam-enam lelaki tersebut diburu Israel dalam operasi secara besar-besaran dengan menggunakan anggota-anggota tentera dan dron sebelum mereka berjaya ditangkap beberapa minggu kemudian.
Selain daripada hukuman penjara tambahan, lelaki-lelaki itu masing-masing didenda sebanyak 5,000 shekel (RM6,531).
"Anak guam saya memberitahu mahkamah dia tidak menyesal kerana melarikan diri," kata peguam bela, Raslan Mahajana kepada pemberita.
Antara yang melarikan diri itu ialah Mahmud Ardah yang merupakan seorang anggota kumpulan militan Jihad Islam dan dianggap sebagai dalang operasi itu.
Selepas ditangkap semula, Ardah berkata dia telah menggunakan sudu, pinggan dan juga pemegang cerek untuk menggali terowong itu.
Dia melarikan diri bersama Zakaria al-Zubeidi iaitu ketua cabang bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon May 23 2022
Pegawai polis serta pengawal penjara memeriksa terowong yang digunakan tahanan Palestin untuk meloloskan diri dari penjara, pada 6 Sept 2021. - Gambar fail AP
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
6 tahanan Palestin larikan diri dari jel Israel dihukum penjara
Tindakan meloloskan diri dari penjara tahun lepas menyebabkan mereka diburu Israel dalam operasi besar-besaran.