WASHINGTON: Naskhah lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta (RM7.64 juta).
Komik Detektif No 27, yang menampilkan pengembaraan unik The Batman pada muka depannya, adalah respons kepada watak adiwira Superman yang muncul dalam Komik Action No 1 yang diterbitkan 11 bulan lebih awal, menurut agensi lelongan, Goldin Auctions.
Enam muka surat saja. Itu sudah cukup untuk menyaksikan watak adiwira Batman berkembang sehingga menjadi legenda cerita rakyat serta mampu diganding dengan seloka penglipur lara budaya masyarakat yang mendirikan kesenian Amerika, berkisar pada sisi Wayne Manor, lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan agensi berkenaan.
Naskhah itu adalah satu daripada 36 sampel yang diperoleh daripada komik keluaran Golden Age dan hanya enam naskhah yang lain mempunyai gred lebih tinggi iaitu 6.5.
Bagi penggemar dan pengumpul koleksi komik, item berkenaan dianggap naskhah suci dalam kategori komik dan menjadi edisi pertama yang memulakan watak Batman serta menjadi punca kepada kegilaan terhadap adiwira itu, kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Goldin Auctions, Ken Golden kepada CNN.
Sejak edisi berkenaan diterbitkan, Batman berkembang lebih daripada sekadar watak kartun. Ia benar-benar berkembang sehingga menjadi simbol harapan rakyat dan punca mengapa pengumpul koleksi ingin memilikinya.
Menurut UPI, jualan berlangsung pada sesi lelongan barangan termasuk kenderaan yang pernah dimiliki mendiang penyanyi rap terkemuka, Tupac Shakur, baju pernah dipakai artis Prince dan kad lesen memandu tahun 1966 ditandatangani penyanyi Jim Morrison.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022
Komik Detektif No 27, yang menampilkan pengembaraan unik The Batman pada muka depannya, adalah respons kepada watak adiwira Superman yang muncul dalam Komik Action No 1. - Foto Twitter
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Komik pertama Batman dijual pada harga AS$1.74 juta
Naskhah lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta.
Naskhah khas komik sulung Marvel cecah harga RM10 juta dalam sesi lelong
Pembida yang berjaya itu disifatkan sebagai pelabur dan pengumpul buku komik dengan minat ekstrem.
Biografi Dolly Parton diterbitkan dalam bentuk komik
Buku komik 22 muka surat itu akan dikeluarkan pada 31 Mac dalam bentuk cetakan dan digital.
Rumah Kartun dan Komik Malaysia imbau nostalgia kartun tanah air
Majalah kartun yang pada suatu ketika dahulu cukup terkenal dan antara sumber hiburan pelbagai lapisan masyarakat kini menjadi barangan sejarah dengan nilai sentimental tersendiri.
Penulis komik tempatan terima pencalonan Anugerah Eisner
Erica Eng dicalonkan dalam Anugerah Eisner menerusi komik webnya, Fried Rice.
'Pengkor' lonjakkan nama Bront di Indonesia
Bront berkongsi rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada produksi filem itu kerana jalan penceritaannya yang berbeza termasuk konflik dalam politik.
KDN perlu teliti niat penerbit komik sebelum diharamkan
(KDN) perlu teliti niat penerbit komik bertajuk Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama sebelum mengeluarkan arahan diharamkan.
KDN periksa Muzium Kebudayaan Komik Asia, rampas komik propaganda
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu dan membuat pemeriksaan di Muzium Kebudayaan Komik Asia di George Town Pulau Pinang hari ini.
Komik propaganda: Tiga individu dipanggil ke Bukit Aman
Mior Faridalathrash Wahid berkata, Hew dan dua lagi individu akan hadir memberi keterangan petang ini.
Kenyataan biadab: Armada Bersatu beri tempoh seminggu kepada Ronnie Liu atau...
Armada memberi masa sehingga satu minggu untuk Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu memohon maaf atau pimpinan DAP mendisiplinkan beliau, kata Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman