Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 30, 2022 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Mei 2022.
1. [KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos
Di tengah atas sebuah gunung, Malam Indonesia sedang rancak berlangsung di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland. Dewan itu penuh dengan para tetamu yang dijamu nasi goreng, keropok dan nasi pepes.
2. 14 mayat ditemukan di lokasi nahas pesawat Nepal
Empat belas mayat ditemukan di lokasi nahas pesawat penumpang Nepal di kawasan berbukit terpencil di daerah Mustang Nepal, lapor Xinhua, memetik Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal pada Isnin.
3. Liga Arab kecam tindakan pelampau Israel serbu Al-Aqsa
Liga Arab pada Ahad mengecam tindakan pelampau Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa yang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
4. Sikit-sikit nak lempang... Kerap sakiti pembantu rumah, wanita dipenjara 5 bulan, didenda S$1,000
Seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan cara kerja pembantu rumahnya, didapati kerap melepaskan kemarahan dengan cara memukul dan melempangnya sesuka hati.
5. Angka kematian akibat hujan lebat di Brazil meningkat kepada 56 orang
Angka kematian akibat hujan lebat di negeri timur laut Pernambuco meningkat kepada 56 orang lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa pada Ahad.
6. Sudan tarik semula perintah darurat seluruh negara
Pengerusi Majlis Berdaulat Peralihan Sudan Abdel Fattah Al-Burhan pada Ahad mengeluarkan dekri menarik balik perintah darurat di seluruh negara.
7. Lokasi pesawat Nepal terhempas ditemui
Pasukan penyelamat pada Isnin berjaya mengesan lokasi serpihan sebuah pesawat ringan membawa 22 orang yang terhempas ketika dalam penerbangan menuju ke Jomsom, Nepal pada Ahad.
8. Kesatuan Eropah gagal capai konsensus sekatan minyak Rusia
Kesatuan Eropah (EU) gagal capai konsensus berhubung sekatan ke atas eksport minyak Rusia.
9. Mesyuarat NATO | Reformasi peraturan kecemasan kesihatan global
Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan sekali lagi pertahan pendirian untuk menolak penyertaan Finland dan Sweden ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO. Tegas Erdogan, ankara tidak boleh menerima negara yang menyokong keganasan.
10. COVID-19 | Shanghai mula longgar sekatan ke atas perniagaan
Bandar Shanghai, China akan mula melonggarkan sekatan COVID-19 yang dikenakan ke atas sektor perniagaan bermula Rabu ini. Ia sebahagian langkah menamatkan sekatan yang dikuatkuasa selama dua bulan, hingga menjejaskan hub komersial dengan 25 juta penduduk itu.
#Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara #pesawat penumpang #pasukan penyelamat #Israel #Jordan #perintah darurat #Switzerland #Sweden #Turki #Rusia #Masjid Al-Aqsa #terhempas