awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesatuan Eropah gagal capai konsensus sekatan minyak Rusia

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2022
01:00 MYT
Kesatuan Eropah gagal capai konsensus sekatan minyak Rusia
Cadangan sekatan minyak Rusia adalah sebahagian pakej sekatan susulan pencerobohan Kremlin ke atas Ukraine. - Foto REUTERS
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) gagal capai konsensus berhubung sekatan ke atas eksport minyak Rusia.
Pegawai kanan blok itu bagaimanapun tegaskan mereka masih cuba cari titik penyelesaian sebelum sidang kemuncak mengambil tempat.
Menurut diplomat kanan EU, masih banyak butiran masih perlu dirungkai jika mahu capai persetujuan sebelum sidang kemuncak yang dijadual berlangsung Isnin.
Cadangan sekatan minyak Rusia adalah sebahagian pakej sekatan susulan pencerobohan Kremlin ke atas Ukraine.
Pakej ini meliputi sekatan ke atas bank terbesar Rusia SberBank, daripada sistem pesanan 'swift', menyekat penyiar Rusia daripada EU dan menambah senarai individu yang dibekukan aset.
Sehingga kini, Hungary membantah sekatan berkenaan atas alasan sekatan minyak akan menjejaskan ekonomi.
Turut menyatakan kebimbangan sama adalah Slovakia dan Republik Czech.
Rundingan berkenaan sekatan minyak sudah berterusan selama sebulan, tanpa sebarang perkembangan.
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#minyak
#Rusia
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan