ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Mei 2022.

1. Semua mayat mangsa nahas pesawat Nepal sudah ditemui

Jasad terakhir mangsa tragedi pesawat penumpang Nepal telah ditemui pagi Selasa, menjadikan kesemua 22 mangsa nahas berjaya ditemui, menurut Tentera Nepal.

2. Cacar monyet tidak akan jadi satu lagi pandemik - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pada Isnin bahawa tidak berasa bimbang buat masa kini tentang penyebaran cacar monyet di luar negara-negara Afrika.

3. Wartawan TV Pakistan dipecat selepas sertai lawatan ke Israel

Seorang wartawan penyiaran Pakistan dipecat kerana menyertai lawatan ke Israel anjuran kumpulan asing yang mahu mempromosikan hubungan pro-Israel di negara Islam.

4. Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh pelampau dan pegawai Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad.

5. Pemimpin EU sepakat mengenai embargo minyak Rusia

Negara Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin sepakat untuk mengurangkan jumlah pembelian minyak dari Rusia sebanyak 90 peratus menjelang akhir tahun ini.

6. Dublin anjur Kongres Kentang Sedunia

Kongres Kentang Sedunia ke-11 yang dianjurkan di sini pada Isnin, menarik lebih 1,000 perwakilan dari lebih 60 negara dan wilayah di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Xinhua menurut penganjur.

7. 'Influencer' tayang tiket penerbangan di media sosial, lelaki ini tunjuk risiko 7 maklumat peribadi terdedah

Seseorang akan mendedahkan sekurang-kurangnya tujuh maklumat peribadi jika sengaja (atau tidak sengaja) mendedahkan gambar tiket penerbangan di media sosial.

8. Pesawat ringan terhempas ditemukan, semua penumpang terkorban

Pihak berkuasa Croatia mengesahkan pesawat ringan yang hilang daripada radar pada hujung minggu lalu telah ditemukan.

9. Pemandu maut, 20 penonton cedera dirempuh kereta

Dua maut manakala 20 lagi cedera selepas dirempuh dua buah kereta yang terlibat dalam kemalangan ketika berkumpul bagi sambutan tahunan Hari Peringatan di Nebraska, Amerika Syarikat

10. Thailand lapor kes pertama cacar monyet

Thailand melaporkan kes pertama cacar monyet yang menjangkiti seorang penumpang pesawat dari Eropah ketika transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok.