ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 20 Jun 2022.

1. Sekolah ditutup, pejabat kerajaan 'separuh mati', Sri Lanka terus berunding dengan IMF

Sekolah-sekolah di Sri Lanka mula ditutup manakala perkhidmatan kurang penting di pejabat kerajaan juga dihentikan operasi pada Isnin, sebagai jalan akhir menjimatkan rizab bahan api negara itu yang semakin menyusut.

2. 42 maut, jutaan terkandas akibat banjir buruk di Bangladesh, India

Sekurang-kurangnya 25 terkorban akibat banjir buruk yang melanda Bangladesh sementara berjuta penduduk lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

3. Hari Pelarian | Rohingya di Bangladesh protes mahu pulang

Lebih 10,000 pelarian Rohingya di Bangladesh mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut penghantaran pulang ke Myanmar, selepas melarikan diri daripada tindakan keras tentera yang kejam lima tahun lalu.

4. COVID-19: Penularan terbaharu di Macau jejas ekonomi, namun kasino terus dibuka

Hab perjudian terbesar dunia, Macau memulakan hari kedua ujian saringan berskala besar COVID-19 hari ini selepas puluhan kes penularan tempatan dikesan pada hujung minggu lalu.

5. Parti Emmanuel Macron hilang majoriti, risiko Parlimen tergantung

Kurang dua bulan selepas dipilih semula sebagai Presiden Perancis, Emmanuel Macron hilang majoriti mutlak ke atas Dewan Rakyat dalam pusingan kedua pilihan raya umum pada Ahad.

6. Pekerja kereta api London adakan mogok

Perkhidmatan di landasan kereta api dan London Underground akan lumpuh mulai Selasa akibat mogok terbesar dalam industri selama lebih 30 tahun susulan isu gaji, pekerjaan dan persekitaran tempatan kerja.

7. Dapat diskaun besar, India borong batu arang Rusia

Pembelian batu arang Rusia oleh India melonjak dalam minggu-minggu kebelakangan ini meskipun Moscow sedang berdepan sekatan global.

8. Taiwan digegarkan dengan gempa bumi berkekuatan 6 magnitud

Penghuni bangunan di sekitar Taipei merasai gegaran pada Isnin selepas kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud melanda kawasan pantai timur pulau itu.

9. Anak Duterte angkat sumpah sebagai Naib Presiden Filipina

Sara Duterte-Carpio, anak perempuan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden ke-15 negara itu pada Ahad.

10. 200 hektar hutan terbakar di Jerman

Kejadian kebakaran hutan seluas 200 hektar dilaporkan berhampiran Berlin di tengah-tengah fenomena gelombang haba yang luar biasa di Eropah barat ketika ini.