awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Duterte angkat sumpah sebagai Naib Presiden Filipina

Agensi
Agensi
20/06/2022
05:12 MYT
Anak Duterte angkat sumpah sebagai Naib Presiden Filipina
Sara menyampaikan ucapan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden baharu Filipina, di Davao, pada 19 Jun. - AP
MANILA: Sara Duterte-Carpio, anak perempuan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden ke-15 negara itu pada Ahad.
Reuters melaporkan, Sara menyeru rakyat negara itu ke arah perpaduan setelah kempen pilihan raya sebelumnya meninggalkan kesan pecah-belah dalam kalangan rakyat.
"Hari-hari mendatang mungkin dipenuhi cabaran yang memerlukan kita supaya lebih bersatu sebagai sebuah negara,” ujarnya dalam ucapan sempena uoacara itu di Davao.
Sara mengangkat sumpah dengan disaksikan kedua-dua ibu bapanya.
Wanita berusia 44 tahun itu merupakan rakan sekempen Ferdinand Marcos Jr, yang juga telah memenangi pilihan raya pada 9 Mei lalu. Marcos Jr akan mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Filipina pada 30 Jun nanti, sekali gus memulakan penggal enam tahunnya.
Marcos Jr, anak lelaki kepada bekas diktator Filipina yang berkuasa sejak tahun 1986, juga menyertai upacara mengangkat sumpah Sara, yang turut dihadiri saudara-mara, rakan sekutu dan para penyokong.
Mereka berdua memperoleh kemenangan besar, dengan majoriti yang tidak pernah dilihat selama berdekad-dekad lamanya. Kejayaan itu dilihat hasil daripada pakatan politik yang utuh selain memperjuangkan tentang perpaduan.
Kempen mereka turut menyaksikan kemenangan rakan pakatan yang menjamin kedudukan kerusi di peringkat pentadbiran pusat dan juga jawatan utama kerajaan.
Sama seperti bapanya, Sara menerima latihan sebagai peguam sebelum menyertai politik pada tahun 2007, apabila dia diundi sebagai Naib Datuk Bandar Davao.
Beliau yang pada awalnya mahu menjadi doktor, sebaliknya meneruskan kerjaya dalam politik, dan pada tahun 2010, berjaya menjadi datuk bandar wanita pertama di Davao menggantikan bapanya.
Topic Berkaitan
#Sara Duterte-Carpio
#angkat sumpah
#naib presiden filipina
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan