ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Jun 2022.
1. WUF11: Perlu tindakan drastik atasi isu perubahan iklim
Dunia perlu bertindak segera dalam mengatasi isu perubahan iklim yang dilihat tidak mempunyai sebarang solusi yang konkrit kata Pengarah Eksekutif UN Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
2. Terlalu awal untuk nilai keupayaan Jokowi bawa Rusia, Ukraine berbincang - Penganalisis
Masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi berkeupayaan membawa pemimpin negara bertelagah, Rusia dan Ukraine ke meja rundingan atau sebaliknya.
3. Nahas | Tiga maut dalam rempuhan kereta api di California
Tiga maut dalam kejadian kereta api Amtrak merempuh sebuah kereta di California pada Ahad. Nahas dilaporkan berlaku jam 1 tengah hari di Brentwood, kira-kira sejam pemanduan ke tenggara San Francisco.
4. Gangguan Tenaga | Warga Jepun diminta jimat guna elektrik
Kerajaan Jepun menyeru warganya untuk berjimat menggunakan elektrik bagi berdepan kemungkinan berlaku kekurangan tenaga di negara itu. Amaran mengenai kemungkinan berlaku gangguan kuasa dikeluarkan pada Ahad oleh Jurucakap Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
5. Pelancaran Roket | NASA lancar roket suborbital di Australia
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melancarkan sebuah roket suborbital dari Pusat Angkasa Arnhem di Wilayah Utara Australia awal pagi Isnin. Ia merupakan roket pertama dilancarkan di negara itu dalam tempoh 27 tahun.
6. Pemimpin Turkiye, NATO, Sweden, Finland adakan sidang kemuncak di Madrid
Pemimpin Turkiye, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Sweden dan Finland akan mengadakan sidang kemuncak di Madrid minggu ini sebagai sebahagian daripada sidang kemuncak NATO.
7. Pentas runtuh: Lima maut, puluhan cedera ketika laga lembu
Sekurang-kurangnya lima orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila pentas utama runtuh ketika pesta corraleja, atau laga lembu jantan sedang berlangsung di Tolima Colombia pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan.
8. Pendekatan 'silo' tidak selesaikan isu bandar - Maimunah
Krisis kekurangan bekalan makanan yang sedang dihadapi hari ini mungkin dapat diselesaikan dengan lebih baik sekiranya isu perbandaran diselesaikan secara menyeluruh dan berintegrasi.
9. Selepas 27 tahun NASA kembali lancar roket dari Australia
Roket suborbital itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Arnhem di Wilayah Utara (NT) awal pagi Isnin selepas pelancarannya ditangguh akibat hujan dan angin kencang.
10. 20 ditemui mati di kelab malam
Sekurang-kurangnya 20 pengunjung ditemui mati di sebuah kelab malam di sebuah perbandaran di Afrika Selatan. Semua mangsa dipercayai menghadiri majlis meraikan berakhirnya peperiksaan pada musim sejuk.