awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentas runtuh: Lima maut, puluhan cedera ketika laga lembu

Bernama
Bernama
27/06/2022
04:00 MYT
Pentas runtuh: Lima maut, puluhan cedera ketika laga lembu
Seekor lembu jantan turut menyerang beberapa mangsa yang terjatuh ke dalam gelanggang di Gilberto Charry Bullring. - Foto AP
BOGOTA: Sekurang-kurangnya lima orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila pentas utama runtuh ketika pesta corraleja, atau laga lembu jantan sedang berlangsung di Tolima Colombia pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan.
Seekor lembu jantan turut menyerang beberapa mangsa yang terjatuh ke dalam gelanggang di Gilberto Charry Bullring, menurut pegawai.
Sebilangan kanak-kanak turut dilaporkan hilang akibat kekecohan yang tercetus susulan peristiwa itu, lapor Xinhua.
Kebanyakan mereka yang cedera telah mendapat rawatan di Hospital San Rafael berdekatan.
"Kami akan meminta siasatan dijalankan berhubung kejadian itu. (Kami berharap) mangsa yang cedera cepat sembuh dan menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban," menurut ciapan Presiden Colombia Ivan Duque di Twitter.
Bakal Presiden Gustavo Petro pula menggesa datuk bandar Colombia tidak membenarkan sebarang acara yang boleh menyebabkan kematian haiwan, termasuk laga lembu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laga lembu
#pesta corraleja
#pentas runtuh
#gelanggang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan