Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 1, 2022 15:58 MYT
Julai 1, 2022 15:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Julai 2022.
Situasi semasa di Ukraine serta soal bekalan bijirin termasuk baja susulan kekurangan bekalan makanan global antara fokus perbincangan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) tiba di Istana Kremlin di Moscow, Rusia pada Khamis petang bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Sekurang-kurangnya 14 maut manakala 30 yang lain cedera dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan dekat bandar pelabuhan di Odesa pada Jumaat.
Hujan lebat selama beberapa minggu mengakibatkan kejadian tanah runtuh di timur laut India yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang manakala 30 lagi masih hilang.
Sri Lanka memaklumkan kerajaan telah menarik balik larangan ke atas Qatar Charity, sebuah pertubuhan kemanusiaan terkemuka yang telah dikenakan sekatan pada 2019.
Kerajaan Ecuador dan kumpulan orang asal yang mengetuai protes selama 18 hari sebelum ini mencapai persetujuan bagi menamatkan demonstrasi di seluruh negara itu.
Memahami bahawa kemakmuran dan keselamatan masa depan dikongsi bersama, adalah penting untuk meningkatkan kesalinghubungan antara Australia dengan Asia Tenggara, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran "penyebaran berterusan" cacar monyet di seluruh dunia boleh menyaksikan virus itu mula berpindah ke kumpulan berisiko tinggi, seperti wanita hamil, individu yang lemah imunisasi dan kanak-kanak.
Kanada memutuskan untuk terus melanjutkan langkah-langkah kawalan pencegahan COVID-19 bagi pelancong asing yang mahu masuk ke negara itu.
Empat lelaki sudah didakwa atas pelbagai kesalahan berikutan 53 migran maut dalam treler di San Antonio, Texas Isnin lepas.
#cacar monyet
#COVID-19
#Australia
#Indonesia
#Joko Widodo
#India
#Moscow
#Kanak-kanak
#pelancong
#Ukraine
#Vladimir Putin
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
#Sri Lanka
#Rusia
#Qatar