Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 6, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Julai 2022.
1. PM Ismail Sabri tiba di Ankara untuk teruskan lawatan rasmi ke Turkiye
Pesawat khas yang membawa Ismail Sabri dan delegasinya dari Istanbul selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga Ankara pada 11.10 pagi (4 petang waktu Malaysia).
2. Krisis Perubatan | Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor
Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turkiye berkata mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.
3. Banjir | Australia akan rangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.
4. Pemulihan hijau Asia Tenggara boleh wujudkan peluang pelaburan RM760 bilion setiap tahun
Pemulihan hijau daripada kesan pandemik COVID-19 di Asia Tenggara berpotensi mewujudkan peluang pelaburan tahunan bernilai AS$172 bilion (RM760.2 bilion) selain menjana lebih 30 juta pekerjaan menjelang 2030, menurut laporan Bank Pembangunan Asia (ADB).
5. China di Asia Timur: Keamanan Asia Tenggara terikat kepada kestabilan
Rantau Asia Timur merangkumi China, Jepun, Korea Selatan, Korea Utara dan beberapa negara-negara lain disifatkan sebagai salah sebuah kawasan 'hotspot' konflik yang paling berisiko di dunia memandangkan wujudnya pertelingkahan China-Taiwan, China-Jepun dan Korea Selatan-Korea Utara.
6. Rangka dinosaur Gorgosaurus akan dilelong buat kali pertama
Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong buat kali pertama dan dijangka memperoleh antara AS$5 juta (RM22.12 juta) dan AS$8 juta (RM35.39 juta), kata firma lelongan, Sotheby's pada Selasa.
7. Nasib Sri Lanka | PM Ranil Wickremesinghe akui negara muflis
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah lebih buruk katanya, ia dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan.
8. COVID-19: Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Bandar Shanghai mengumumkan dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap kebanyakan 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari.
9. Krisis Rusia-Ukraine: Turkiye mahu tingkat rundingan bersama Rusia, Ukraine
residen Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine. Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.
10. PM Ranil Wickremesinghe akui Sri Lanka muflis
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
#COVID-19 #Sri Lanka #Sydney #Ukraine #Rusia #PBB #Ankara #banjir #Australia #China