Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 1, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Ogos 2022.
1. Kapal pertama bawa muatan bijirin berlepas dari pelabuhan Ukraine pada Isnin
Pelabuhan Odesa pada Isnin menyaksikan kapal pertama yang sarat dengan bijirin berlepas dari pelabuhan itu, seperti dalam perjanjian eksport bijirin yang ditandatangani antara Turkiye, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rusia dan Ukraine baru-baru ini.
2. New Zealand buka sempadan sepenuhnya kepada semua negara
New Zealand membuka semula sempadan sepenuhnya kepada pelawat dari seluruh dunia buat kali pertama sejak wabak COVID-19 melanda sejak Mac 2020.
3. Calon PM Britain | Sunak ikrar potong 20% cukai pendapatan
Calon Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berikrar untuk mengurangkan kadar asas cukai pendapatan sebanyak 20 peratus menjelang 2029.
4. Afghanistan terima bantuan kemanusiaan dalam bentuk wang tunai AS$40 juta
Afghanistan menerima bantuan kemanusiaan baharu dalam bentuk wang tunai berjumlah AS$40 juta dan didepositkan ke sebuah bank perdagangan negara itu, lapor Xinhua memetik bank pusat dalam satu kenyataan pada Isnin.
5. Sudan catat kes cacar monyet pertama
Sudan pada Ahad mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu.
6. Konflik Myanmar | Junta lanjut perintah darurat 6 bulan lagi
Junta tentera Myanmar melanjutkan perintah darurat selama enam bulan lagi berikutan pengumuman oleh pemimpinnya, Jeneral Min Aung Hlaing.
7. Henti guna gas untuk jana elektrik - Menteri Jerman
Jerman harus berhenti menggunakan gas untuk menjana tenaga elektrik bagi mengelak daripada menambah krisis tenaga, kata Menteri Kewangan Christian Lindner pada Ahad.
8. Ibadah Umrah | Arab Saudi keluarkan lebih 70 juta permit
Lebih 70 juta permit dikeluarkan untuk menunaikan umrah di Masjidil Haram dan bersolat di Rawdah Sharaf dekat Masjid Nabawi di Madinah pada musim terakhir tahun 1443 hijrah.
9. Filipina berkabung atas kematian bekas Presiden Fidel Ramos
Filipina pada Ahad berkabung atas pemergian Presidennya yang ke-12, Fidel V. Ramos, 94, lapor media negara itu.
10. Pengusaha pelancongan Indonesia protes kenaikan harga masuk ke Taman Negara Komodo
Ratusan pengusaha perniagaan berteraskan pelancongan di Taman Negara Komodo memulakan gerakan protes selama sebulan bermula Isnin (1 Ogos) selepas pemerintah Indonesia mengenakan kenaikan harga yang tinggi bagi kemasukan ke santuari reptilia purba itu.
#berita antarabangsa #berita pilihan #Berita AWANI #berita hari ini