awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

New Zealand buka sempadan sepenuhnya kepada semua negara

Agensi
Agensi
01/08/2022
03:40 MYT
New Zealand buka sempadan sepenuhnya kepada semua negara
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata, pembukaan sempadan peringkat akhir adalah saat yang sangat besar. - Gambar fail
WELLINGTON: New Zealand membuka semula sempadan sepenuhnya kepada pelawat dari seluruh dunia buat kali pertama sejak wabak COVID-19 melanda sejak Mac 2020.
Negara itu mula membuka semula sempadan pada Februari lalu untuk warganegaranya sebelum sekatan dimansuhkan perlahan-lahan.
Proses membuka semula sempadan berakhir pada malam Ahad, dengan pelawat yang memerlukan visa dan mereka yang mempunyai visa pelajar juga kini dibenarkan pulang ke New Zealand.
Negara itu kini turut membenarkan kapal pesiaran dan kapal layar rekreasi asing berlabuh di pelabuhannya.
Kebanyakan pelawat yang tiba di New Zealand masih perlu diberi vaksin COVID-19 dan mesti mengambil dua ujian saringan selepas ketibaan.
Walau bagaimanapun, tiada syarat kuarantin dikenakan.
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata, pembukaan sempadan peringkat akhir adalah saat yang sangat besar.
"Ia merupakan proses berperingkat dan berhati-hati di pihak kami sejak Februari kerana kami bersama-sama seluruh dunia terus menguruskan wabak global, sambil memastikan rakyat kami selamat," katanya.
Pelajar antarabangsa merupakan penyumbang penting kepada ekonomi New Zealand dan penyedia pendidikan berharap pembukaan semula sempadan akan memberikan rangsangan kepada sekolah dan universiti di seluruh negara.
Menteri Pelancongan New Zealand, Stuart Nash berkata, kapal persiaran juga akan menjadi rangsangan kepada industri tempatan.
"Kebanyakan lawatan pelayaran adalah pada bulan Oktober hingga April dan musim panas adalah musim pelancongan utama kami secara keseluruhan. Ini bermakna ia akan menjadi stim penuh untuk industri," kata Nash.
Topic Berkaitan
#New Zealand
#COVID-19
#ujian saringan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan