awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal pertama bawa muatan bijirin berlepas dari pelabuhan Ukraine pada Isnin

Bernama
Bernama
01/08/2022
07:59 MYT
Kapal pertama bawa muatan bijirin berlepas dari pelabuhan Ukraine pada Isnin
Sarat dengan jagung, kapal kargo kering Razoni yang berdaftar di Sierra Leone meninggalkan Odesa pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan. - Reuters
ISTANBUL: Pelabuhan Odesa pada Isnin menyaksikan kapal pertama yang sarat dengan bijirin berlepas dari pelabuhan itu, seperti dalam perjanjian eksport bijirin yang ditandatangani antara Turkiye, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rusia dan Ukraine baru-baru ini.
Sarat dengan jagung, kapal kargo kering Razoni yang berdaftar di Sierra Leone meninggalkan Odesa pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan (0530GMT), seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam perjanjian itu, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Turkiye.
Turkiye, PBB, Rusia dan Ukraine menandatangani perjanjian pada 22 Julai untuk membuka semula tiga pelabuhan Ukraine -- Odesa, Chernomorsk dan Yuzhny -- untuk penghantaran bijirin yang tertangguh di pelabuhan itu selama berbulan-bulan berikutan perang Rusia-Ukraine yang berterusan dan kini memasuki bulan keenam.
Bagi menyelia eksport bijirin Ukraine, pusat penyelarasan bersama di Istanbul dibuka secara rasmi pada Rabu, yang terdiri daripada wakil Turkiye, PBB, Rusia, dan Ukraine. Ia bertujuan memastikan pengangkutan yang selamat, oleh kapal dagang yang mengangkut bahan makanan komersial dan baja dari tiga pelabuhan utama Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bijirin
#pelabuhan
#Ukraine
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan