ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Ogos 2022.
1. Kerjasama, kunci keamanan di Laut China Selatan - Mesyuarat ASEAN
Menteri-menteri Luar ASEAN mengulangi pendirian untuk mengekalkan kerjasama dan keamanan di Laut China Selatan pada sesi Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan pada Khamis di Phnom Penh, Kemboja.
2. Tokyo kesal Beijing batalkan mesyuarat dua hala menteri luar
Jepun kesal dengan keputusan China membatalkan rundingan dua hala yang sepatutnya diadakan sempena mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN di Kemboja, kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno pada Jumaat.
3. China lancar peluru berpandu ke perairan Taiwan
Tentera China didakwa melancarkan beberapa peluru berpandu balistik ke perairan sekitar Taiwan semasa latihan ketenteraan pada Khamis.
4. 13 maut, 35 cedera kelab malam terbakar di Thailand
Seramai 13 orang maut dan 35 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kelab malam di wilayah Chonburi Thailand, tenggara ibu kota Bangkok pada awal pagi Jumaat.
5. Projek pembinaan HSR pertama Jakarta-Bandung kini di fasa akhir
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) pertama yang bakal digunakan untuk laluan Jakarta-Bandung, Indonesia kini berada di fasa akhir pembinaan.
6. EU lewatkan bantuan kewangan US$8 bilion untuk Ukraine: Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, Kesatuan Eropah (EU) sengaja melewatkan peruntukan sokongan kewangan makro untuk negara itu bernilai lapan bilion euro (kira-kira US$8.2 bilion).
7. Bank Negara India umum peningkatan kadar, bimbang mengenai inflasi
Bank pusat India telah menaikkan kadar faedah penanda arasnya buat kali ketiga sejak Mei bertujuan menangani tekanan inflasi yang sebahagiannya berpunca daripada faktor geopolitik luaran.
8. Kongres Peru larang Presiden adakan lawatan ke luar negara
Kongres Peru pada Khamis menyekat permohonan Presiden Pedro Castillo untuk menghadiri majlis pelantikan Gustavo Petro sebagai ketua negara Colombia.
9. Cacar monyet: AS isytihar kecemasan kesihatan awam
Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Amerika Syarikat (AS), Xavier Becerra berkata, negara itu kini mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam.
10. Kucing 'hero' gagalkan cubaan merompak
Seorang lelaki di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) mengangkat kucing peliharaannya sebagai wira apabila membantu menghalang rumah dirompak, malah mungkin juga telah menyelamatkan nyawanya.
Astro Awani
Fri Aug 05 2022
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.