Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 13, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
1. Bencana | Taufan Muifa badai Jepun
Taufan Muifa yang mula membadai Jepun, menyebabkan kebanyakan kawasan di kepulauan Okinawa dilanda hujan lebat serta ribut kencang.
2. Program kewartawanan InteRussia bantu erat kerjasama Rusia-ASEAN
Seramai 11 pengamal media dari negara-negara ASEAN memulakan program kewartawanan, InteRussia di Moscow, Rusia, semalam.
3. Situasi Sri Lanka masih rapuh - PBB
Seorang pegawai kanan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan situasi semasa Sri Lanka sebagai masih "rapuh" dan menggesa kerajaan menggalakkan perdamaian nasional ketika negara itu cuba mengatasi krisis kewangannya.
4. Sekuriti Makanan | Lebih 6.2 juta bakal hadapi krisis makanan di Sri Lanka
Lebih 6.2 juta penduduk Sri Lanka berdepan masalah kekurangan makanan dan keadaan dijangka bertambah buruk. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Program Makanan Sedunia (WFP) masalah itu perlu ditangani segera dengan bantuan sosial dan mekanisme sokongan sara hidup.
5. Bangladesh bimbang kebanjiran warga Rohingya di kem pelarian
Kehadiran lebih sejuta pelarian Rohingya yang terus menetap di kem sesak di Bangladesh mencetuskan kebimbangan serius terhadap keselamatan dan kestabilan negara itu.
6. Jepun harap Arab Saudi main peranan utama stabilkan pasaran minyak
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menerusi panggilan telefon dan menggesa Arab Saudi memainkan peranan utama dalam menstabilkan pasaran minyak, menurut Kementerian Luar Jepun.
7. Indonesia, Brazil antara empat negara paling kehilangan hutan tropika akibat perlombongan - Kajian
Perlombongan berskala indusri bagi mendapatkan arang batu, emas dan bijih besi menjadi punca utama kepupusan hutan tropika.
8. Konflik Rusia-Ukraine: IAEA mula rundingan zon keselamatan di loji nuklear Zaporizhzhia
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memulakan rundingan bersama Ukraine serta Rusia berkaitan gesaan untuk zon keselamatan dan perlindungan nuklear di loji kuasa Zaporizhzhia.
9. Krisis Rusia-Ukraine | Serangan diteruskan di Kharkov, Nikolayev
Rusia meneruskan serangan terhadap tentera Ukraine di Kharkov dan Nikolayev.
10. Hak Wanita | PBB gesa ugutan & gangguan oleh Taliban dihentikan segera
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua tindakan ugutan dan gangguan yang menyasarkan kakitangan wanita Afghanistan dihentikan segera.
#berita antarabangsa pilihan #berita luar negara #Berita AWANI #berita menarik hari ini