awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Rusia-Ukraine: IAEA mula rundingan zon keselamatan di loji nuklear Zaporizhzhia

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2022
23:45 MYT
Konflik Rusia-Ukraine: IAEA mula rundingan zon keselamatan di loji nuklear Zaporizhzhia
IAEA memulakan rundingan bersama Ukraine serta Rusia berkaitan gesaan untuk zon keselamatan dan perlindungan nuklear di loji kuasa Zaporizhzhia. -Gambar fail
KIEV: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memulakan rundingan bersama Ukraine serta Rusia berkaitan gesaan untuk zon keselamatan dan perlindungan nuklear di loji kuasa Zaporizhzhia.
Menurut ketua pengarahnya Rafael Grossi, ketika ini, kedua-dua negara berkenaan memberikan maklum balas positif terhadap isu ini.
Jelas Rossi, pihaknya membuat cadangan itu selepas melawat loji nuklear berkenaan minggu lalu.
"Sekarang, kita masih berada dalam kesulitan; janganlah disulitkan lagi keadaan.
"Saya telah mencadangkan penubuhan segera zon keselamatan nuklear dan perlindungan keselamatan.
"Saya tertanya-tanya apakah perkara yang boleh dibangkitkan untuk menentang penubuhan segera keselamatan nuklear dan zon perlindungan keselamatan ini," kata Grossi.
Jelasnya, apa yang penting ketika ini adalah kedua-dua negara telah bersetuju untuk tidak menyerang, atau membedil di loji berkenaan.
Loji nuklear itu kini dikuasai Rusia namun ia dikendalikan oleh pekerja Ukraine sejak awal perang lagi.
Loji Zaporizhzhia telah disambungkan semula ke grid elektrik Ukraine pada hujung minggu, membolehkan jurutera menutup reaktor operasi terakhirnya dalam usaha mengelak bencana ketika pertempuran berlaku di kawasan itu.
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#IAEA
#loji nuklear Zaporizhzhia
#Rafael Grossi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan