ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Oktober 2022.

1. IMF, Bank Dunia ulangi amaran kemelesetan global tahun depan

Bank dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengulangi amaran mengenai kemelesetan global yang belum selesai.

2. Gunung berapi di kepulauan Stromboli meletus

Gunung berapi di kepulauan Stromboli di Itali meletus dan menghemburkan debu ke arah laut.

3. PM Thailand arah perketat peraturan pemilikan senjata api

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengetatkan peraturan pemilikan senjata api dan membanteras penyalahgunaan dadah.

4. Nahas pesawat A330: Air France, Airbus mengaku tidak bersalah

Air France dan Airbus mengaku tidak bersalah atas dakwaan pematian orang secara tidak sengaja, berkaitan nahas pesawat A330 pada 2009.

5. Perhimpunan Agung PBB adakan sidang tergempar bincang isu Ukraine

Perhimpunan Agung dijangka mengundi draf resolusi minggu ini yang mengutuk referendum "haram" yang disokong Moscow.

6. Lima maut akibat banjir, tanah runtuh di Bali

Lima maut dalam bencana banjir dan tanah runtuh susulan cuaca ekstrem yang melanda sebahagian besar wilayah Bali, Indonesia, menurut Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD).

7. Satelit eksplorasi suria 'Kuafu-1' berjaya dilancarkan

China berjaya melancarkan satelit The Advanced Space-based Solar Observatory (ASO-S) yang dibawa roket Long March-2D di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, provinsi Gansu pada 7.43 pagi Ahad.

8. Sekatan COVID-19 | Sempadan Jepun dibuka semula kepada pelancong antarabangsa

Selepas lebih dua tahun, akhirnya sempadan Jepun dibuka semula kepada pelancong antarabangsa bermula selasai apabila kebanyakan sekatan COVID-19 mula dilonggarkan. Kemasukan pelancong dijangka menjana sebanyak 5 trilion yen atau RM160 bilion bagi ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

9. Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum

Selepas tidak aktif selama beberapa dekad, Battersea Power Station yang dipulihkan serta ditukar menjadi pusat membeli belah dengan 100 kedai, bar, restoran dan riadah akan dibuka untuk warga London termasuk pelawat yang mahu meneroka mercu tanda ikonik yang disenaraikan di bawah Gred II. 

10. Langkah ketat tangani COVID-19, China minta rakyat bersabar

China minta semua pihak bersabar dengan dengan dasar COVID-19 yang dilaksanakannya dan memberi amaran terhadap sebarang bantahan.