GENEVA: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang tergempar pada Isnin bagi membincangkan referendum "haram" yang disokong Moscow untuk menggabungkan bahagian timur Ukraine, dengan utusan Kyiv menuduh Rusia sebagai "negara pengganas", beberapa jam selepas ia melakukan serangan maut di seluruh negaranya yang membunuh sekurang-kurangnya 14 orang awam.
"Seluruh dunia sekali lagi melihat wajah sebenar negara pengganas yang membunuh rakyat kita,'' lapor Agensi Anadolu, memetik duta PBB untuk Ukraine Sergiy Kyslytsya pada Perhimpunan Agung PBB.
''Menyasarkan orang awam secara sengaja adalah jenayah perang. Dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas orang awam yang tidur di rumah, mereka yang dalam perjalanan ke tempat kerja, kanak-kanak bergerak ke sekolah, Rusia telah membuktikan sekali lagi bahawa ia adalah negara pengganas yang mesti dihalang dengan cara yang paling tegas,'' kata Kyslytsya.
Beliau berkata pengilhakan haram Rusia ke atas wilayah Ukraine menimbulkan 'ancaman' ke atas PBB, dan masyarakat antarabangsa perlu mempertahankan prinsip Piagam PBB.
''Kita kini berada di titik kritis sama ada PBB akan memulihkan kredibilitinya atau ia akhirnya akan gagal. Dan jika gagal kita tidak harus menyalahkan sesiapa kecuali diri kita sendiri," katanya.
Utusan PBB Rusia, Vassily Nebenzia, menganggap pertemuan itu sebagai 'terlalu dipolitikkan' sambil menambah ia dijalankan secara khusus untuk mempromosikan naratif anti-Rusia.
Nebenzia menuduh NATO meningkatkan konflik dan berkata Rusia sebenarnya berhadapan dengan NATO di Ukraine.
Beliau berkata Ukraine digunakan sebagai "tapak ujian untuk senjata NATO" dan proksi perperangannya dengan Rusia.
Perhimpunan Agung dijangka mengundi draf resolusi minggu ini yang mengutuk referendum "haram" yang disokong Moscow untuk menggabungkan bahagian timur Ukraine - Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson yang melanggar undang-undang antarabangsa.
Resolusi yang dirangka Kesatuan Eropah dan ditaja bersama Turkiye itu meminta badan dunia itu menimbang untuk mengasingkan Rusia daripada masyarakat antarabangsa, jika diterima pakai.
Rusia meminta undi sulit untuk undian resolusi itu namun, Perhimpunan Agung PBB menolak permintaan itu dengan 107 undi menyokong.
Tiga belas negara mengundi menentang mengadakan undian awam mengenai draf resolusi itu manakala 39 negara berkecuali.
Rusia dan China tidak mengundi, bersama beberapa lagi negara lain.
''Ini satu lagi langkah ke arah perpecahan yang lebih besar yang kami yakin bukanlah diingini majoriti negara yang wakilnya berkumpul di dewan ini,'' kata Nebenzia.
Draf resolusi Perhimpunan Agung PBB meminta semua negara dan pertubuhan antarabangsa supaya tidak mengiktiraf perubahan yang dibuat Rusia di empat wilayah di timur Ukraine serta menuntut Rusia segera membatalkan keputusannya itu tanpa syarat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Duta PBB untuk Ukraine Sergiy Kyslytsya berkata pengilhakan haram Rusia ke atas wilayah Ukraine menimbulkan 'ancaman' ke atas PBB, dan masyarakat antarabangsa perlu mempertahankan prinsip Piagam PBB. - Foto AP
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penubuhan Pejabat UN-Habitat pengiktirafan PBB kepada Malaysia
Pejabat itu akan menjadi pusat tumpuan serantau yang berfungsi sebagai penghubung utama 58 negara kepada UN-Habitat dan rakan kongsinya.
100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik
Sokongan itu bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada segelintir negara pengeluar minyak.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke utara Gaza
Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, dengan penduduknya menghadapi ancaman kelaparan, penyakit, dan kematian.
Wanita, kanak-kanak cari makanan dalam timbunan sampah di Gaza - Pegawai PBB
Memperolehi keperluan asas telah menjadi perjuangan harian yang mengerikan untuk terus hidup bagi penduduk Gaza.
Borrell kecewa, tidak mampu hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) yang akan bersara, Josep Borrell berkata pada Jumaat bahawa beliau meninggalkan Brussels "dengan perasaan kecewa yang amat sangat" berikutan "ketidakmampuan untuk
Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza
PBB akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak dapat dinafikan untuk hidup dengan aman, selamat dan bermaruah.