awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
Kampung Angkat MADANI: KPKT siapkan projek pembangunan di Kampung Tok Kepak
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satelit eksplorasi suria 'Kuafu-1' berjaya dilancarkan

Bernama
Bernama
10/10/2022
22:30 MYT
Satelit eksplorasi suria 'Kuafu-1' berjaya dilancarkan
Pelancaran satelit bersepadu itu hasil usaha ahli fizik suria China yang mahu memperkasa kaedah kajian mengenai matahari dalam bidang eksplorasi suria di angkasa lepas. - Gambar hiasan
BEIJING: China berjaya melancarkan satelit The Advanced Space-based Solar Observatory (ASO-S) yang dibawa roket Long March-2D di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, provinsi Gansu pada 7.43 pagi Ahad.
ASO-S yang juga dikenali "Kuafu-1" dilengkapi Full-disc vector MagnetoGraph (FVM), Lyman-alpha Solar Telescope (LST) dan Hard X-ray Imager (HXI).
Pelancaran satelit bersepadu itu hasil usaha ahli fizik suria China yang mahu memperkasa kaedah kajian mengenai matahari dalam bidang eksplorasi suria di angkasa lepas.
Setiap tempoh keaktifan matahari berlangsung 11 tahun dan akan memuncak pada tahun 2024 hingga 2025.
ASO-S akan memanfaatkan peluang melakukan pemantauan dan pengajian berhubung pembentukan, evolusi, interaksi dan kesalinghubung antara medan magnet dan nyala suria serta coronal mass ejection (CME), bagi menyediakan sokongan dari angkasa lepas kepada badan ramalan tentang cuaca bencana yang boleh menjejaskan penerbangan angkasa lepas, telekomunikasi dan pemanduan arah berunsurkan teknologi canggih.
Saintis Kanan ASO-S Gan Weiqun berkata pihaknya akan melaksanakan beberapa program kerjasama antarabangsa termasuk menyediakan pengajaran mengenai kaedah muat turun serta penggunaan data satelit dan penggunaan aplikasi terbabit.
Setelah ujian penerbangan Kuafu-1 dalam orbit berakhir kelak, kesemua statistik satelit dan aplikasi akan didedahkan kepada masyarakat antarabangsa untuk perkongsian dalam bidang sains.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Long March-2D
#Kuafu-1
#Matahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan