ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Oktober 2022.

1. Separuh terumbu karang dunia mungkin berada dalam persekitaran tidak sesuai pada 2035 - Kajian

Separuh daripada terumbu karang dunia mungkin berada dalam persekitaran yang tidak sesuai menjelang 2035, jika perubahan iklim berterusan pada kadar seperti sekarang ini, menurut penyelidikan baharu yang diterbitkan pada Selasa.

2. Lebih separuh rakyat Jepun sokong perbelanjaan pertahanan ditingkatkan - Undian

55 peratus responden menyokong peningkatan perbelanjaan pertahanan, manakala 29 peratus menentang dan baki tidak membuat sebarang keputusan.

3. Hukuman penjara Aung San Suu Kyi ditambah lagi enam tahun

Mahkamah Myanmar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun tagi kepada pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi atas kesalahan rasuah sekali gus menjadikan tempoh hukuman selama 26 tahun.

4. Banjir Sepanyol | Amaran jingga dikeluarkan di bahagian selatan

Amaran jingga dikeluarkan di Torrevieja dekat selatan Sepanyol selepas hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan banjir buruk. Ia sekali gus mengakibatkan kemusnahan ke atas ratusan rumah yang dinaiki air setinggi tiga meter.

5. Sesat | 500 ikan paus terdampar di New Zealand

Kira-kira 500 ikan paus pandu dilaporkan terdampar di kepulauan Chatham yang terpencil di New Zealand.

6. Arab Saudi benarkan wanita tunai ibadah haji dan umrah tanpa mahram

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa wanita kini dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram.

7. Bank Dunia peruntuk bantuan AS$125 juta sokong sektor pertanian Jordan

Jordan pada Selasa menandatangani perjanjian pinjaman dengan Bank Dunia bernilai AS$125 juta bagi menyokong pembangunan sektor pertanian negara.

8. 14 negara terpilih anggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memilih 14 negara menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal tiga tahun yang bermula pada 1 Jan 2023.

9. PM Perancis arah pekerja ditempatkan di kilang penapisan meski mogok berterusan

Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa tempatan menempatkan sejumlah pekerja di kilang penapisan bagi memastikan bekalan petrol ke stesen minyak di seluruh negara tidak terputus.

10. Istana Buckingham | Majlis Pertabalan Raja Charles III pada 6 Mei 2023

Majlis pertabalan bagi pemerintah baharu United Kingdom dijadualkan berlangsung di Westminster Abbey, 6 Mei tahun depan. Kenyataan dikeluarkan Istana Buckingham ketika timbul spekulasi durasi majlis pertabalan itu akan dipendekkan bagi mengurangkan perbelanjaan istana.