awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2022
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 November 2022.
1. Isteri wartawan Pakistan minta PBB siasat kes pembunuhan suaminya di Kenya
Isteri kepada wartawan Pakistan yang terbunuh Arshad Sharif meminta siasatan antarabangsa berhubung pembunuhan suaminya di Kenya.
2. Angka kematian di Filipina akibat ribut tropika Nalgae meningkat kepada 150
Ribut tropika itu menjejaskan lebih 3.9 juta orang, merosakkan 499 jalan dan 120 jambatan serta menyebabkan bekalan elektrik terputus.
3. Kejadian tembakan di sekolah AS jauh lebih tinggi berbanding negara lain
Terdapat sekurang-kurangnya 53 kes tembakan di sekolah K-12 di AS sehingga ini pada tahun ini.
4. Korea Selatan, India mulakan rundingan naik taraf perjanjian perdagangan
Kedua-dua negara telah melaksanakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) pada Januari 2010.
5. Tragedi Itaewon | PPP ikrar ambil tindakan terhadap polis
Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang memerintah Korea Selatan berikrar untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab selepas pendedahan menunjukkan bahawa polis tidak bertindak walaupun telah menerima banyak panggilan mengenai tahap bahaya bilangan orang ramai pada malam tragedi Itaewon.
6. Persidangan Arab | Palestin isu utama sidang Kemuncak Liga Arab
Sidang Kemuncak Liga Arab sesi ke-31 bermula di ibu Kota Algeria, Algiers dengan jaminan makanan serantau dan isu Palestin menjadi agenda utama.
7. COVID-19 | China usaha kawal jangkitan dengan pantas
China sedang berusaha untuk mengawal jangkitan COVID-19 yang meningkat secara tiba-tiba, secepat mungkin. Suruhanjaya Kesihatan China berkata, sehingga kini, negara itu berpegang teguh kepada dasar sifar COVID yang dinamik.
8. Cacar Monyet | Masih dianggap kecemasan kesihatan global
Wabak cacar monyet masih diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global. Perkara itu disahkan Jawatankuasa Kecemasan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Rabu.
9. Perjanjian Bijirin | Putin sahkan Moscow sambung semula perjanjian
Presiden Rusia Vladimir Putin mengesahkan Moscow akan meyambung semula penyertaannya dalam perjanjian yang diuruskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan eksport penghantaran bijirin Ukraine melalui laut hitam.
10. Eksport bijiran Laut Hitam disambung, umum Presiden Turkiye
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu mengumumkan penyambungan semula Perjanjian Bijirin Laut Hitam.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#COVID-19
#Recep Tayyip Erdogan
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan