Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 3, 2022 15:59 MYT
November 3, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 November 2022.
Isteri kepada wartawan Pakistan yang terbunuh Arshad Sharif meminta siasatan antarabangsa berhubung pembunuhan suaminya di Kenya.
Ribut tropika itu menjejaskan lebih 3.9 juta orang, merosakkan 499 jalan dan 120 jambatan serta menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Terdapat sekurang-kurangnya 53 kes tembakan di sekolah K-12 di AS sehingga ini pada tahun ini.
Kedua-dua negara telah melaksanakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) pada Januari 2010.
Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang memerintah Korea Selatan berikrar untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab selepas pendedahan menunjukkan bahawa polis tidak bertindak walaupun telah menerima banyak panggilan mengenai tahap bahaya bilangan orang ramai pada malam tragedi Itaewon.
Sidang Kemuncak Liga Arab sesi ke-31 bermula di ibu Kota Algeria, Algiers dengan jaminan makanan serantau dan isu Palestin menjadi agenda utama.
China sedang berusaha untuk mengawal jangkitan COVID-19 yang meningkat secara tiba-tiba, secepat mungkin. Suruhanjaya Kesihatan China berkata, sehingga kini, negara itu berpegang teguh kepada dasar sifar COVID yang dinamik.
Wabak cacar monyet masih diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global. Perkara itu disahkan Jawatankuasa Kecemasan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Rabu.
Presiden Rusia Vladimir Putin mengesahkan Moscow akan meyambung semula penyertaannya dalam perjanjian yang diuruskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan eksport penghantaran bijirin Ukraine melalui laut hitam.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu mengumumkan penyambungan semula Perjanjian Bijirin Laut Hitam.