ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 November 2022.

1. 25 cedera selepas kenderaan yang dinaik merempuh rekrut polis di California

Seramai 25 rekrut polis cedera semasa latihan apabila sebuah kenderaan merempuh mereka di selatan negeri California barat AS pagi Rabu.

2. Amazon sahkan pemberhentian 10,000 kakitangan

Amazon mengesahkan pada Rabu ia telah memulakan proses pemberhentian kira-kira 10,000 pekerja di bahagian korporat dan teknologi bermula minggu ini.

3. Bilionair nasihat penduduk jangan beli kereta, TV

ilionar keempat paling kaya di dunia, Jeff Bezos dengan kekayaannya dianggarkan bernilai AS$124.1 bilion (RM564.03 bilion) baru-baru ini menasihatkan penduduk supaya tidak membeli barangan berharga tinggi seperti kereta dan televisyen kerana bimbang ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan mengalami kemelesetan pada tahun depan.

4. Enam pelajar ditahan didakwa mencuri di Orchard Road

Sekumpulan pelajar perempuan warga Australia ditahan selepas didakwa mencuri di beberapa kedai di Singapura. Enam pelajar terbabit berusia di antara 14 dan 16 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di Mandarin Gallery, Orchard Road pada Ahad.

5. Musk beri keterangan dalam perbicaraan pakej pampasan Tesla

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk membela diri dalam tuntutan mahkamah pemegang saham Tesla yang mencabar pakej pampasan Lembaga Pengarah Syarikat bernilai lebih daripada AS$55 bilion.

6. Sidang Kemuncak G20: Suasana tegang antara Xi, Trudeau

Presiden China Xi Jinping memarahi Perdana Menteri Kanada ketika menghadiri mesyuarat G20 selepas pemimpin muda itu didakwa membocorkan perbualan mereka kepada media.

7. Peluru berpandu ragut dua nyawa di Poland mungkin milik Ukraine - NATO

Peluru berpandu yang melintasi ruang udara Poland dan meragut dua nyawa pada Selasa mungkin milik Ukraine. Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg memberitahu agensi berita BBC, siasatan terperinci di kawasan sempadan Ukraine itu masih dijalankan.

8. Sekretariat APEC gesa anggota bersatu dalam hadapi cabaran pasca COVID-19

Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu bersatu dalam menghadapi cabaran pasca COVID-19, kata Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC Tan Sri Rebecca Fatima Sta Maria.

9. Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda

Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia yang disasarkan dari sebuah ladang berhampiran di Pervomaisk yang terletak di timur Ukraine.

10. Tragedi MH17: Tiga disabit kesalahan, seorang lagi didapati tidak bersalah

Tiga daripada empat tertuduh yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 disabit kesalahan oleh Mahkamah Belanda pada Khamis.