awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pelajar ditahan didakwa mencuri di Orchard Road

Astro Awani
Astro Awani
17/11/2022
02:00 MYT
Enam pelajar ditahan didakwa mencuri di Orchard Road
Kedai Victoria's Secret yang terletak di Mandarin Gallery, Singapura. - Foto Facebook/Mandarin Gallery
SINGAPURA: Sekumpulan pelajar perempuan warga Australia ditahan selepas didakwa mencuri di beberapa kedai di Singapura.
Enam pelajar terbabit berusia di antara 14 dan 16 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di Mandarin Gallery, Orchard Road pada Ahad, lapor CNA.
Kesemua mereka antara 18 pelajar yang menyertai kejohanan bola jaring serantau di Singapura.
Siasatan terperinci sedang dijalankan, kata jurucakap polis.
Pelajar dari Sekolah Bacchus Marsh Grammar itu didakwa mencuri pakaian dalam dari kedai Victoria's Secret dan beberapa pasang kasut dari kedai Crocs, media Australia melaporkan pada Selasa.
Menurut Daily Mail Australia, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan beberapa pelajar perempuan mengambil pakaian dalam dari kedai Victoria's Secret dan beredar keluar dari kedai berkenaan tanpa membuat pembayaran.
Sekolah Bacchus Marsh Grammar, sebuah sekolah swasta, terletak kira-kira 60 kilometer di utara Melbourne dan mempunyai lebih 3,000 pelajar.
Topic Berkaitan
#pelajar
#Mencuri
#pakaian dalam
#Victoria's Secret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan