Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Januari 2023.

1. Pemilihan Speaker Dewan Perwakilan AS temui jalan buntu

Usaha mencari seorang Speaker untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) terus menemui jalan buntu untuk hari ketiga berturut-turut.

2. Krisis dadah: Ketua Polis Fillipina letak jawatan bagi memulakan 'pembersihan'

Ketua Polis Filipina, Jen Rodolfo Azurin Jr menyerahkan surat peletakan jawatan secara ihsan pada Khamis bagi memulakan "pembersihan" dalam pasukan polis, lapor Manila Times.

3. Xi, Marcos Jr adakan pertemuan empat mata

Presiden China, Xi Jinping pada Rabu mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya dari Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China.

4. Khidmat kereta api rentas sempadan terjejas akibat mogok

Perkhidmatan kereta api rentas sempadan antara Scotland dan England berkemungkinan terjejas teruk pada Jumaat berikutan mogok yang dilancarkan Kesatuan Jurutera Lokomotif dan Bomba (ASLEF).

5. Glasier mengecut lebih pantas dari yang dijangka - Kajian

Glasier dunia mengecut dan menghilang lebih cepat daripada yang disangkakan oleh saintis.

6. Perubahan Iklim | Sebahagian besar salji di resort ski Austria cair

Pusat peranginan Filzmoos di Austria yang kebiasaannya menjadi lokasi tumpuan pemain ski, tidak lagi meriah seperti sebelum ini. 

7. Thailand keluarkan garis panduan mengenai ganja

Thailand mengeluarkan garis panduan untuk pelawat mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan membabitkan penggunaan dan pemilikan ganja di negara itu.

8. Rusia-Ukraine | AS skeptikal cadangan gencatan senjata Rusia

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden meragui keikhlasan Rusia yang mencadangkan genjatan senjata dua hari sempena cuti Krismas Ortodoks Rusia hujung minggu ini.

9. Isu Rusia-Ukraine | Erdogan syorkan Putin isytihar gencatan senjata sepihak

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menggesa rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin supaya isytihar gencatan senjata sepihak di Ukraine.

10. COVID-19: Tidak perlu ujian saringan sebelum masuk Thailand

Pelancong yang mengunjungi Thailand termasuk dari China tidak perlu melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas, dalam usaha negara ini menarik lebih ramai kedatangan pelawat bagi memulihkan industri pelancongan.