Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Januari 2023.

1. Lautan dunia semakin panas pada 2022 - Kajian

Lautan dunia berada pada tahap paling panas pernah direkodkan pada 2022, menurut hasil kajian baharu.

2. Michelle Yeoh terharu, junjung kasih pada Agong, Permaisuri

Berita pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam terus diraikan di pelbagai platform media sosial.

3. Lebih 150 pertubuhan gesa Biden tutup Guantanamo

Lebih 150 pertubuhan mengutus surat kepada (AS) Joe Biden menggesa beliau untuk "mengutamakan mengenai penutupan kem tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba".

4. Thailand cadang caj yuran pelancong RM39 bermula Jun

Thailand merancang mula mengutip yuran sebanyak 300 baht (RM39.25) kepada pelancong asing yang tiba di negara tersebut bermula Jun depan, lapor Channel News Asia (CNA).

5. Uniqlo naikkan gaji pekerja di Jepun sehingga 40 peratus

Pemilik rangkaian fesyen Jepun, Uniqlo akan menaikkan gaji kakitangan di negara itu sehingga 40 peratus.

6. COVID-19 | Varian XBB.1.5 berisiko beri lonjakan kes jangkitan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, subvarian XBB.1.5 Omicron COVID-19 mungkin mendorong lebih banyak kes jangkitan.

7. Ribut California | Usaha baik pulih dipergiat

Usaha baik pulih infrastruktur akibat ribut yang melanda di California, Amerika Syarikat dipergiatkan. Bagaimanapun, ribut dijangka melanda bahagian utara sementara bahagian selatan reda seketika.

8. COVID-19 | AS lanjutkan kecemasan kesihatan awam

Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat melanjutkan status pandemik COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan awam. Ia bagi membolehkan jutaan rakyatnya melakukan ujian saringan percuma, mendapatkan suntikan vaksin dan rawatan COVID-19.

9. Kerosakan Sistem | Ribuan penerbangan dibatalkan, ditunda

Ribuan penerbangan di seluruh Amerika Syarikat dibatalkan atau ditangguhkan pada Rabu selepas mengalami gangguan sistem teknikal.

10. Mesyuarat WEF | Krisis kos sara hidup ancaman terbesar dunia

Menjelang mesyuarat Forum Ekonomi Dunia, WEF di Davos, Switzerland minggu depan. Kajian yang dikeluarkan forum ekonomi itu mendapati, krisis kos sara hidup akan menjadi risiko terbesar dunia untuk dua tahun akan datang.