awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle Yeoh terharu, junjung kasih pada Agong, Permaisuri

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2023
05:51 MYT
Michelle Yeoh terharu, junjung kasih pada Agong, Permaisuri
Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraan dan keterujaan beliau dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, hari ini.
KUALA LUMPUR: Berita pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam terus diraikan di pelbagai platform media sosial.
Bahkan, ucapan tahniah buat Yeoh yang mencatat rekod membanggakan sebagai rakyat Malaysia pertama menerima pengiktirafan itu turut tidak berhenti-henti diterima beliau.
Sehubungan itu, Yeoh, 60, berkongsi kegembiraan dan keterujaan beliau dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, hari ini.
Dalam hantaran itu, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang menitipkan ucapan tahniah dan kata-kata motivasi buatnya termasuk yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kata Yeoh, peluang untuk beliau berada di kedudukan hari ini bertitik tolak pada permulaan perjalanan karier seninya.
Justeru, ujar pelakon masyhur dunia itu, kasih sayang, sokongan dan ilmu-ilmu berharga yang dicurah dan dikongsi oleh semua yang mengiringi perjalanan karier seninya amat-amat dihargai beliau.
“Terima kasih di atas mesej-mesej yang dikirim dan saya masih membalasnya,” tulis Yeoh lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Michelle Yeoh 楊紫瓊 (@michelleyeoh_official)
Dalam acara Anugerah Golden Globe yang berlangsung di AS semalam, Yeoh meraih kemenangan Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal/ Komedi menerusi filem Everything Everywhere All At Once yang dibintanginya.
Seniwati itu menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Dalam filem itu, beliau memainkan watak Evelyn Wang, seorang pendatang berbangsa Cina yang gagal dalam perniagaan kedai dobi.
Yeoh yang memulakan kerjaya lakonan di Hollywood sekitar 40 tahun lalu sudah membintangi lebih 70 buah filem antarabangsa.
Antara lakonannya dalam filem terbitan Hollywood ialah James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti karya-karya lain seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of Geisha, The Lady, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Pada tahun lalu, majalah antarabangsa terkemuka, Time mengumumkan Yeoh sebagai Ikon Tahun 2022 sekali gus mengiktiraf sumbangan besarnya kepada industri perfileman.
Bahkan, pada Ogos 2022 juga, Yeoh menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, AS.
Topic Berkaitan
#Michelle Yeoh
#Anugerah Golden Globe
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan