Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 27, 2023 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Januari 2023.
1. Mahkamah Jenayah Antarabangsa buka semula siasatan 'perang dadah' oleh Filipina
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan menyambung semula penyiasatan terhadap 'perang dadah' oleh Filipina yang menyebabkan beribu-ribu orang terkorban.
2. Indonesia: Permohonan visa prapelaburan dan pelancongan boleh dibuat secara dalam talian
Menurut Ketua Pengarah Imigresen Silmy Karim, berkuat kuasa 26 Januari pemohon perlu melengkapkan keseluruhan proses permohonan berkaitan visa pelawat dan membuat pembayaran di molina.imigrasi.go.id.
3. Trump akan runding tamatkan konflik Ukraine dalam tempoh 24 jam
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau boleh merundingkan penamatan konflik Ukraine dalam tempoh 24 jam dan mendakwa konflik itu tidak akan berlaku sekiranya beliau masih memegang jawatan presiden.
4. New Zealand alami kekurangan bekalan telur
Penduduk New Zealand mengalami kekurangan bekalan telur ayam sejak lebih sebulan yang turut menjejaskan hidangan sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu.
5. Mesir | Ahli arkeologi temui mumia bersalut emas
Ahli arkeologi menemui satu Mumia yang disaluti daun emas dalam sebuah keranda batu yang tidak pernah dibuka selama 4,300 tahun. Mumia yang merupakan mayat seorang lelaki bernama Hekashepes dianggap sebagai salah satu mayat bukan raja yang tertua dan paling lengkap pernah ditemui di Mesir.
6. Arab Saudi benarkan sekolah swasta kurangkan waktu pembelajaran
Arab Saudi membenarkan sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa yang bergabung dengan kerajaan mengurangkan waktu pembelajaran.
7. Angka korban meningkat selepas ribut tropika Cheneso badai Madagascar
Angka kematian akibat ribut tropika Cheneso yang melanda Madagascar meningkat kepada 16 nyawa manakala 19 orang masih hilang, menurut laporan Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Negara (BNGRC) pada Khamis.
8. Presiden Austria Van der Bellen angkat sumpah untuk penggal kedua
Presiden Austria Alexander Van der Bellen mengangkat sumpah pada Khamis, memulakan penggal keduanya untuk tempoh enam tahun.
9. Bekas ketua keselamatan Duterte dalang pembunuhan model
Tentera Filipina (PA) memecat seorang jeneral tentera terkemuka selepas polis menamakannya sebagai dalang di sebalik pembunuhan seorang wanita yang cuba memeras ugutnya.
10. 162 maut di Afghanistan, suhu turun hingga -34 darjah Celsius
Lebih 162 orang maut akibat kesejukan di Afghanistan bulan ini semasa musim sejuk terburuk melanda negara itu dalam tempoh lebih sedekad.
#Afghanistan #Arab Saudi #Donald Trump #Cuba #Mesir #Indonesia #New Zealand #Rodrigo Duterte