Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 31, 2023 15:59 MYT
Januari 31, 2023 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Januari 2023.
Pihak berkuasa meningkatkan tahap kawalan keselamatan di sekitar bandar Peshawar, Pakistan susulan letupan di sebuah masjid pada Isnin.
Bekas naib presiden Chen Chien-jen mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Taiwan pada Selasa.
Malaysia bimbang terhadap peningkatan insiden keganasan di Baitulmaqdis Timur yang menyaksikan banyak nyawa terkorban dan ramai lagi cedera.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken menggesa Israel dan Palestin supaya meredakan ketegangan ketika lawatannya ke Baitulmaqdis pada Isnin.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah pengeboman udara dan pembakaran kediaman serta penangkapan, intimidasi dan gangguan yang berterusan terhadap pemimpin politik dan wartawan.
Ucapan kebencian di Denmark memperoleh manfaat hasil "perlindungan polis" di bawah "nama kebebasan bersuara," menurut laporan terbaharu suruhanjaya anti-perkauman Majlis Eropah ECRI yang dikeluarkan Isnin.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.
Ankara beri bayangan ia mungkin menerima penyertaan Finland ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), berbanding Sweden.
China mengesahkan situasi COVID-19 di negara itu berada pada "tahap rendah" dan lawatan ke klinik akibat jangkitan koronavirus semasa tahun baru menurun kira-kira 40 peratus berbanding sebelum musim cuti.
Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan pada Isnin pihaknya merancang untuk menamatkan darurat kesihatan awam (PHE) COVID-19 pada 11 Mei.