ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Februari 2023.

1. Gempa bumi Turkiye: SMART mula misi SAR di runtuhan bangunan di Gaziantep

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) mula menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di wilayah Nurdagi, Gaziantep pada Khamis.

2. Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta

Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan gempa bumi di Gaziantep, Turkiye, kata Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal dalam rakaman video yang dikongsi dengan Astro AWANI, hari ini.

3. Gempa bumi Turkiye: Operasi SAR sukar di Syria akibat kekurangan diesel

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Aleppo, Syria berdepan kesukaran apabila bekalan bahan bakar, diesel terhad sehingga mengakibatkan jentera berat tidak dapat digunakan.

4. Mustahil untuk siap sedia hadapi malapetaka seperti gempa bumi kuat - Erdogan

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, adalah mustahil untuk bersiap sedia menghadapi malapetaka seperti gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Isnin, namun, berikrar akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

5. Kerjasama lebih rapat dengan Thailand demi manfaat kedua-dua negara - PM Anwar

Kerjasama lebih rapat dengan negara jiran Thailand diperlukan bagi memperhebatkan beberapa bidang dalam negara disamping dilihat dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.

6. Lawatan Anwar beri harapan bantu proses rundingan damai Selatan Thailand

Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bukan sekadar penting bagi mengukuhkan hubungan dua negara, malah turut membawa harapan dalam proses rundingan damai selatan Thailand.

7. Sekurang-kurangnya empat maut dalam kejadian gempa bumi di Papua

Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.4 magnitud di Papua, Indonesia pada Khamis.

8. Belon pengintip: AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia

Amerika Syarikat (AS) akan berkongsi maklumat yang diperolehi mengenai belon pengintip China dengan puluhan negara di seluruh dunia.

9. Texas: Tertuduh kes tembakan di El Paso dijatuhi 90 hukuman penjara seumur hidup

Lelaki yang bertanggungjawab membunuh 23 orang dan mencederakan 22 lagi dalam satu kejadian tembakan rambang di sebuah pasar raya Walmart di El Paso, Texas, lebih tiga tahun lalu, mengaku bersalah atas semua pertuduhan terhadapnya.

10. Disney umum buang 7,000 pekerja

Syarikat Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.