awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disney umum buang 7,000 pekerja

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
09/02/2023
03:10 MYT
Disney umum buang 7,000 pekerja
Pemberhentian itu mewakili anggaran 3.6 peratus tenaga kerja global Disney. - Foto fail/REUTERS
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.
Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjimatkan kos sebanyak AS$5.5 bilion demi memberi ruang kepada keuntungan perniagaan penstrimannya. Pemberhentian itu mewakili anggaran 3.6 peratus tenaga kerja global Disney.
Memetik laporan Reuters, langkah-langkah itu termasuk janji untuk mengembalikan semula dividen para pemegang saham dan menangani beberapa kritikan daripada pelabur bahawa syarikat itu telah berbelanja berlebihan untuk penstriman.
Pada Rabu, Iger mengakui bahawa Disney mungkin terlalu agresif untuk memperoleh pelanggan penstriman video apabila tontonan di Televisyen semakin merosot.
Di bawah rancangan untuk mengurangkan kos dan mengembalikan kuasa kepada pimpinan kreatif, syarikat itu bakal disusun kepada tiga segmen; unit hiburan yang merangkumi filem, televisyen dan penstriman; unit ESPN berfokuskan sukan; dan taman tema, pengalaman serta produk Disney.
"Penyusunan semula ini akan menghasilkan pendekatan yang lebih kos efektif, diselaraskan kepada operasi dan kami komited untuk berjalan dengan cekap dalam persekitaran yang mencabar," kata Iger.
Bagaimanapun beliau berkata, penstriman kekal menjadi keutamaan Disney.
Syarikat itu merancang untuk mengurangkan AS$2.5 bilion dalam jualan dan perbelanjaan pentadbiran am serta kos operasi lain, satu usaha yang sedang dijalankan. Satu lagi penjimatan AS$3 bilion akan datang daripada pengurangan kandungan bukan sukan, termasuk pemberhentian pekerja.
Disney ialah syarikat media terbaharu yang mengumumkan pemberhentian kerja sebagai tindak balas kepada pertumbuhan pelanggan yang perlahan dan peningkatan persaingan penonton penstriman.
Disney sebelum ini melaporkan penurunan suku pertama 2022 dalam langganan untuk unit media penstriman Disney+ yang kerugian lebih AS$1 bilion.
Topic Berkaitan
#Disney
#Disney Plus
#pengurangan pekerja
#Bob Iger
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan