awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2023
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Februari 2023.
1. Gempa Turkiye | Cuaca sejuk tak halang Frankie, Dentie beraksi cemerlang
Cuaca sejuk yang agak ekstrem tidak menjadi penghalang pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk terus menampilkan prestasi cemerlang bagi misi SAR di Turkiye.
2. Gempa Turkiye: Indonesia bawa keluar warganya termasuk rakyat Malaysia
Indonesia membawa keluar 120 rakyatnya serta dua rakyat Malaysia dan seorang dari Myanmar yang terperangkap di beberapa wilayah dalam kejadian gempa bumi di Turkiye awal minggu lepas.
3. Gempa bumi: Kerajaan tubuh Pasukan Peninjau Khas ke Syria - Wisma Putra
Kerajaan Malaysia menubuhkan satu Pasukan Peninjau Khas ke Damsyik, Syria bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan di negara yang turut dilanda bencana gempa bumi itu.
4. Gempa Turkiye: Pasukan SMART berjaya keluarkan 50 mangsa setakat ini
Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah berjaya menemukan seramai 50 mangsa tragedi tanah runtuh di Turkiye setakat Selasa.
5. Siklon Gabrielle: PM New Zealand isytihar darurat
New Zealand mengisytiharkan darurat di Auckland, utara New Zealand pada Selasa ekoran siklon Gabrielle yang membadai negara itu dan mengakibatkan lebih 225,000 pengguna mengalami gangguan elektrik.
6. 3 maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di Universiti Michigan
Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di kampus Michigan State University pada malam Isnin, lapor Xinhua.
7. Objek Misteri | White House beri jaminan tiada makhluk asing
White House memberi jaminan tiada tanda-tanda makhluk asing atau aktiviti di luar angkasa lepas selepas beberapa siri tembakan objek misteri di ruang udara Amerika Utara.
8. EU tolak keputusan Israel sahkan 9 penempatan haram di Tebing Barat
Kesatuan Eropah pada Isnin menolak keputusan Israel mengesahkan sembilan penempatan haram di Tebing Barat dan mengubahnya menjadi penempatan baharu.
9. Presiden Jerman lawat Kemboja, Malaysia
Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier pada Isnin berlepas ke Kemboja dan Malaysia dalam usaha memperbaiki hubungan politik, serta menggalakkan perdagangan dan perubahan iklim, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik kenyataan pejabat presiden.
10. Konflik Asia Barat | PBB bimbang Israel tambah penempatan haram di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan pengumuman rejim Israel membenarkan pembinaan sembilan pos penempatan di Tebing Barat. Tegas jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, jika pembinaan itu diteruskan, ia akan menjejaskan prospek untuk penyelesaian dua negara.
Topic Berkaitan
#berita luar negara
#berita pilihan
#Berita AWANI
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan